Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 28, 2013

No Comment

Suami Dibakar, Isteri Dirogol
Suami Dibakar, Isteri Dirogol - Kerana menolak untuk bertukar agama, sepasang suami isteri menjadi korban perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan di depan balai polis di Rawalpindi, Pakistan.
Arshed Masih, 38, dan isterinya bekerja dengan seorang pengusaha Muslim yang kaya. Dia bekerja sebagai pemandu, sedangkan isterinya menjadi pembantu. Keduanya dituduh mencuri wang sebanyak 500.000 rupee Pakistan (hampir US$ 6.000). Majikan mereka menawarkan untuk tidak memanjangkan kes dengan syarat keduanya harus meninggalkan kristian dan masuk agama Islam.
Kerana menolak tawaran itu, Arshed pun akhirnya dibakar hidup-hidup di depan balai polis oleh kumpulan pelampau tersebut dan dibantu oleh polis. Bahkan, sumber tempatan mengatakan bahwa isteri Arshed diperkosa oleh polis di balai polis tersebut. Pihak berkuasa Punjab mengumumkan mereka sedang menyiasat masalah ini. Pihak kerajaan menjanjikan akan menangkap semua mereka yang terlibat.
Sementara itu, Arshed masih dirawat di Hospital Keluarga Kudus di Rawalpindi. Keadaanya teruk mengenaskan, kerana tubuhnya nyaris hangus terbakar. Dia menderita luka terbakar 80%.
Aksi tak berperikemanusiaan ini dilaporkan oleh AsiaNews. Dalam laporan AsiaNews dikatakan bahawa ketika kejadian itu terjadi, ketiga anak Arshed yang berumur antara 7 hingga 12 tahun, dipaksa untuk menonton aksi tersebut. – paapada.blogspot

0 comments:

Post a Comment