KUALA LUMPUR – Kelayakan kredit tiga kumpulan perbankan utama Singapura — DBS Group Holdings Limited (DBS), Oversea-Chinese Banking Corp Limited (OCBC) dan United Overseas Bank Limited (UOB), adalah antara yang paling kukuh di dunia, dengan disokong oleh rejim kawal atur dan kawal selia masing-masing yang teguh.
Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan di RAM Rating Services Bhd, Wong Yin Ching, berkata ketiga-tiga bank itu mendominasi perniagaan perbankan dalam nilai dolar Singapura (SGD), dengan menguasai 60 peratus pasaran deposit dalam nilai SGD.
Sistem perbankan Singapura yang besar itu bernilai hampir tiga kali keluaran dalam negara kasarnya, dan republik itu menjadi tuan rumah kepada lebih 100 bank asing,” katanya dalam satu kenyataan berikutan pengumuman laporan khas
agensi penarafan itu yang bertajuk ‘Leading Asean Banks’ yang menampilkan 20 bank terkemuka dalam Asean.
agensi penarafan itu yang bertajuk ‘Leading Asean Banks’ yang menampilkan 20 bank terkemuka dalam Asean.
Wong berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ketiga-tiga bank itu telah memperkukuh selanjutnya kedudukan masing-masing di rantau ini.
“Pinjaman di luar Singapura menyumbang sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan berian pinjaman DBS, dengan 48 peratus bagi OCBC dan 35 peratus bagi UOB,” katanya.
Pasaran luar negara utama DBS ialah Hong Kong dan China manakala OCBC dan UOB memberikan tumpuan kepada Malaysia, China dan Indonesia.
“Meskipun penceburan mereka dalam beberapa pasaran kurang maju melibatkan risiko kendalian dan kredit yang lebih tinggi, namun ini diuruskan dengan baik setakat ini,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan di RAM Rating, Sophia Lee, berkata kualiti aset bank itu dianggap lebih tinggi daripada bank-bank lain di rantau ini.
“Purata pinjaman tak berbayar dan nisbah kredit-kos ketiga-tiga bank itu masing-masing hanya 1.2 peratus dan 0.2 peratus pada akhir Disember 2012.
“Memandangkan profil risiko yang konservatif ini, tahap permodalan kukuh masing-masing mengatasi paras permodalan bank-bank lain di peringkat serantau dan dunia,” kata beliau. – Bernama
0 comments:
Post a Comment