Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 1, 2013

8 comments
Anonymous Ajak Hacker Seluruh Dunia Serang Israel
Anonymous Ajak Hacker Seluruh Dunia Serang Israel - Tel Aviv : Sekumpulan penggodam dikenali sebagai Anonymous didakwa bakal melancarkan serangan terancang terhadap Israel mulai 7 April ini.
Untuk menjayakannya, Anonymous meminta penggodam di seluruh dunia bergabung dan menyertai gerakan #OpIsrael itu.
Menurut Anonymous, misi mereka ialah ‘menghapuskan Israel dari dunia Internet’.
Kenyataan dikeluarkan oleh Anonymous menyebut, penggodam bersetuju bersatu untuk menentang Israel dan rejim Zionis itu dinasihat supaya bersedia untuk ‘lenyap’ dari dunia maya. “Ini bukan dilakukan seorang atau sepasukan penggodam, sebaliknya diusahakan pelbagai gerakan penggodam seluruh dunia,” kata kumpulan itu.
Anonymous berkata, operasi #OpIsrael itu akan mencatat sejarah sebagai serangan siber terbesar pernah dilakukan ke atas sesebuah negara. Menurut mereka, berdasarkan senarai yang dikumpulkan, sebahagian besar daripada penggodam terbabit berasal dari Timur Tengah. Sementara itu, akhbar Haaretz melaporkan, kerajaan memandang serius ancaman berkenaan.
Pegawai kanan hal ehwal Internet Israel, Ofir Ben Avi berkata, kerajaan sedang mempersiapkan pertahanan bagi menghadapi serangan berkenaan. “Ia berbeza daripada serangan siber sebelum ini kerana penggodam di seluruh dunia bergabung menyerang kami,” katanya. – Agensi

8 comments:

  1. bila israel bls blk dikata israel jahat..bila dia serang israel,kata nya sbb israel jahat..ntah apa2 ntah.dendam tak sudah.di akhirat nnt sama2 kita dpt jwpn.

    ReplyDelete
  2. hek eleh.akhirat hotak kau.kita serang sbb dah mmg dorg musuh Islam.mende ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pala hotak ko balik..ko ingat negara israel tu hanya ada jews dan kristian?islam pun ada.tau tak?pandai ke serangan siber ko tu pilih?bkn kah myusahkan org lain gak

      Delete
  3. Ko ni org israel ke?

    ReplyDelete
  4. kita tak boleh salahkan orang yang memberi pandangan menyebelahi israel. kerana media dan rata-rata di kalangan kita berperang di atas pegangan yang kurang tepat. untuk mendapatkan lebih sokongan org ramai (islam mahupun bukan islam) kenapa kita menentang israel, harus kita dan media dalami kenapa israel harus dikutuk, bukan sahaja memberi alasan "musuh Islam" atau "kaum yg dilaknati Allah". Meskipun sudah termaktub di dalam al-quran, rata-rata di kalangan rakyat malaysia memikirkan bahawa kebanyakan kaum melayu support palestin, hanya kerana ini perjuangan antara islam dan bukan islam.

    sbg rakyat Malaysia, saya pandang perkara yg sama sewaktu saya muda. ini berubah setelah saya menuntut pembelajaran di US yang mana media di sana sgt berbeza dengan media kita di Malaysia. Israel adalah satu-satunya negara yang sehingga kini, tidak diiktiraf oleh dunia dan PBB bahawa mereka melanggari hak asasi manusia (human rights). Ini sangat ironik dibandingkan dgn penghapusan etnik di Rwanda, Bosnia, kaum Armenia-Turki, dsb. yang mana kesemua konflik ini diiktiraf sbg konflik yg harus dihentikan. Israel, seperti orang ramai gagal ketahui, adalah satu-satunya negara moden yang masih mengamalkan konsep "menyerang, menakluk, dan membina petempatan mereka sendiri di negara asing". Ini seperti Thailand menyerang, menakluk, dan membina penempatan haram di Perlis sambil menghalau orang tempatan dengan memusnahkan rumah dan sawah padi org Perlis.

    Tidak hairan orang Palestin akan marah. Persoalannya, kenapa dunia tidak mengiktiraf konflik ini sbg perkara serius? Kita serah kepada semua pembaca lah.. Penghapusan etnik Palestin di tanah mereka sendiri adalah teknik penghapusan paling sistematik, paling kejam, dan paling halus di dunia.

    Serangan siber yang dirancangkan tidak melibatkan nyawa, ia adalah serangan motivation dan bermotifkan Fight for a Cause to Oppose Zionism. (Kalau nak tahu apa erti Zionist, korang bacalah sendiri. Ia memberi definisi yang ramai orang tak tahu dan ramai yang sgt ignorant).

    Utk pejuang2 siber ini, berhati-hatilah dan saya doakan semua hackers di atas selamat berjuang dan tegakkan keadilan dunia. Selamat ke atas kamu semua.

    ReplyDelete
  5. Kalau berjaya ni.. pergghhhh!!! Chaiyok!!

    ReplyDelete
  6. takyah gadow la... masing masing singkat ilmu dunia dan agama

    ReplyDelete