Lahad Datu – Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.
Sumber berkata, selepas hampir lima jam menggali, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akhirnya berjaya mengeluarkan semua 15 mayat berulat termasuk satu mayat dipercayai pengganas wanita sebelum dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, difahamkan, kerja menggali ‘pusara’ pengganas itu bermula seawal jam 1 tengah hari semalam diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu penduduk tempatan.
Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.
MAYAT dibungkus sebelum dihantar untuk bedah siasat.
” Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam,” katanya. - HARIAN METRO
0 comments:
Post a Comment