Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 3, 2013

No Comment
Kakitangan Kerajaan Berjudi


Bangkok – Kakitangan awam dinasihat supaya menjauhi amalan berjudi kerana ia mungkin menyebabkan mereka kehilangan kerja ketika kajian menunjukkan aktiviti itu semakin meningkat, terutama di kalangan guru.
Pengurus Pusat Maklumat Untuk Dasar Kawalan Perjudian, Pongtorn Chantharatsami berkata, kajian sejak lima tahun lalu membuktikan berlaku pertambahan ketara, terutama di kalangan kakitangan awam yang berkhidmat di wilayah berhampiran sempadan.
Kata Pongtorn, kakitangan awam terutama guru di Buri Ram, Si Sa Ket, Sa Kaeo, Surin, Prachin Buri dan Nakhon Ratchasima sering mengunjungi kasino di Kemboja melalui pintu sempadan Sa Kaeo di daerah Aranyaprathet.
“Aktiviti perjudian memberi kesan serius kepada keluarga pelakunya.
“Jika seorang guru terbabit dengan aktiviti perjudian, sesetengah daripada mereka akan ditarik kelayakan mengajar sekali gus menamatkan kerjaya sebagai pendidik,” katanya. Kajian yang dijalankan agensi itu di wilayah Surin mendapati punca utama kakitangan awam dikenakan tindakan disiplin ialah akibat aktiviti berjudi.
Antaranya, perjudian membabitkan keputusan perlawanan bola sepak atau mengunjungi kasino di negara jiran. Justeru, Gabenor Surin mengarahkan semua agensi kerajaan memantau dan menghalang kakitangan awam berkunjung ke mana-mana kasino serta melarang mereka terbabit dalam sebarang bentuk perjudian.
Kajian di Chiang Rai menunjukkan ramai kakitangan menyokong perjudian dengan mengambil rasuah bagi memudahkan orang ramai mengunjungi kasino di Myanmar dan Laos. Kata Pongtorn, sebarang pembabitan kakitangan awam dengan aktiviti judi boleh dikenakan tindakan, termasuk dipecat. – Bangkok Post

0 comments:

Post a Comment