Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 6, 2013

No Comment
Malaysia Bebas Kes Selsema Burung


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes selsema burung (H7N9) berlaku di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu disahkan melalui pemantauan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Veterinar).
“Veterinar melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada kes H7N9 pada ternakan unggas di kesan di Malaysia.
“Kementerian Kesihatan bagaimanapun akan terus memantau situasi penyakit ini dan sebarang perkembangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi kejadian H7N melibatkan manusia di China yang disahkan pada 29 Mac lalu.
WHO sebelum ini mengesahkan terdapat 16 kes dengan enam kematian disebabkan H7N9 dalam kalangan manusia di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China sehingga 5 April lalu.
Wabak H7N9 adalah penyakit selsema yang berlaku terhadap unggas dan jangkitan daripada unggas kepada manusia hanya boleh berlaku dalam bentuk sentuhan.
Namun semua yang mempunyai hubungan dengan kes di China itu didapati tidak mempunyai tanda dan gejala H7N9 hingga kini.
Siasatan juga mendapati tiada hubungkait secara epidemiologi antara kesemua kes tersebut.
Hisham dalam pada itu berkata, meskipun tiada vaksin untuk H7N9 tetapi tiada bukti yang menunjukkan penyakit selsema burung itu boleh menular daripada manusia kepada manusia.
Malah, katanya, WHO juga tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan atau larangan lawatan ke China.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai mengelak mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup bila mengunjungi negara yang terlibat dengan H7N9.
Tambahnya, rakyat Malaysia yang pulang dari Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China dengan gejala pernafasan dinasihatkan untuk memakai topeng muka dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan kepada doktor.
Orang ramai juga diminta tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan  melaporkan kejadian itu kepada kejadian itu kepada pejabat veterinar.
Beliau turut meminta orang ramai yang mendapat gejala influenza-like illness (ILI) terutama yang terlibat dengan pengendalian unggas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan segera.
“Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer terutamanya selepas batuk dan bersin,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment