Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 4, 2013

3 comments

Najib Umum Bubar Dewan Rakyat
Najib Umum Bubar Dewan Rakyat - PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk diadakan.
Najib berkata, permohonan untuk pembubaran Dewan Rakyat ke-12 itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah setelah beliau menghadap Seri Paduka pagi semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua Menteri Besar dan Ketua Menteri agar menghadap sultan dan bertemu Yang Dipertua Negeri bagi mendapat perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Ia bertujuan agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara,” katanya ketika berucap mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya di sini semalam. Ucapan itu disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen Malaysia.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet lain yang rata-rata berpakaian sut gelap dan bertali leher merah.
DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik pada 28 Mac lalu, manakala Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April tahun 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional menang 55 daripada 71 kerusi DUN.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Dewan Rakyat.
Berdasarkan daftar pengundi sehingga Disember 2012, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah seramai 13.3 juta orang.
Sejumlah 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN akan dipertandingkan di peringkat negeri.
Ketika Dewan Rakyat dibubarkan, komposisi di Parlimen menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), Pas (23) dan Parti Keadilan Rakyat (22).
Parti Sosialis Malaysia memiliki satu kerusi dan Parti Progresif Sabah (SAPP) menguasai dua kerusi, manakala lapan lagi kerusi disandang Ahli Parlimen bebas.
Sementara itu, Najib turut menyeru agar semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam proses pilihan raya kali ini supaya bertanggungjawab dengan mengamalkan demokrasi yang telah diamalkan di negara ini selama lebih lima dekad lalu.
“Amalan demokrasi Malaysia kekal dan berjaya walaupun bersifat sengit dan amat berdaya bersaing, namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya.
“Saya menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan,” katanya.
Najib turut menyeru rakyat supaya insaf dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik kotor seumpama itu diguna pakai.
“Kesan akhirnya, proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk daripada parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat.
“Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita,” jelasnya. – Kosmo

3 comments:

  1. Bagus dah bubar. Sekarang rakyat kena cari PM Malaysia. Yang dulu dulu semua PM UMNO/BN, bukan PM Malaysia.
    Mana negara nak maju kalau PM jadi batu penghalang pembangunan negeri yang jatuh pada pembangkang. Siap declare pada penjawat awam supaya tidak memberi kerjasama dengan kerajaan negeri. Sifat yang amat tidak professional.
    Lihat aje Singapura. Walaupun banyak kawasan jatuh pada pembangkang, tapi kerajaan tetap berkerjasama untuk pembangunan negara Singapura.
    Kat Malaysia PM lagi menggalakkan supaya sabotage, siap bantu pulak tu.
    Malaysia tiada PM, cuma PM UMNO/BN. Mana ada satu negara yang PM bertugas dengan lambang parti. Secibai-cibai Singapura, PMnya pergi sana sini tak pakai logo parti - bersifat kenegarawan bukan macam Malaysia.
    TV dan media massa berat sebelah, sekarang 100% iklan UMNO/BN (uneven playing field) - dacing logo BN tu kena bikin senget sikit untuk beri gambaran sebenar cara timbangan BN.
    Semoga rakyat sedar dah masa untuh ubah. ABU.

    ReplyDelete
  2. Anon 2.50. Betul kt ko tu. Sepatutnya dah lama kita leh maju dr singapork tu. Mereka lbh suka kita tak maju dr mereka sbb mereka tau klu kita lbih maju mereka takkan brani buli kita. Sbb tu mereka suka kerajaan skrg ni, harapkan ekonomi mereka je senang nak demand lebih. Tengoklah kes air ngan tanjung pagar kita takde untung nyer. Kerajaan skrg salah guna kuasa jabatan2 yg ade, sume tuk kepentingan parti je. Media pla jd tukang aircond supaya senang dapat ape2 kelulusan. Tengoklah drama skrg, pakaian artis2 melayu lebih teruk dri drama2 cina india yg lebih bersifat kekeluargaan.

    ReplyDelete
  3. US lg bgs..calon2 yg nk btanding akan berdebat ttg mslh negara dan rancgn pmbgunan apabila mjadi president nnt.dgn cara itu rakyat boleh memilih siapa wakil mereka..bkn cara msia yg slg mengutk dan mfitnah 1 sama lain.media berat sblh.last2 rakyat bpecah belah.konon nk menegakkn agama.hbs tu agama lain nk smpn dlm poket ke?

    ReplyDelete