Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 6, 2013

No Comment

Pernahkah kamu berada dalam keadaan yang tertekan, tak tenang, stress, tension, rasa tidak senang duduk kerana merasakan banyak perkara yang merunsingkan berlaku di dalam kehidupan kamu?.. Atau kadang-kala kamu rasa apa yang berlaku dalam hidup kamu tidak berjalan seperti yang kamu mahukan? 


Ada banyak faktor yang menyebabkan tekanan emosi ini berlaku, antaranya Kesalahan Sewaktu Berfikir, pengaruh minda bawah sedar, dan apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah kemungkinan berlakunya "adrenaline overdose" di dalam kehidupan kamu. Perkara ini cenderung untuk berlaku apabila kamu kerap berada dalam situasi yang stress atau tertekan. 


Apabila kamu berada dalam keadaan yang terancam atau tertekan. Hypothalamus di dalam otak kamu akan memberi isyarat kepada adrenal gland untuk mengeluarkan adrenalin dan hormon stress yang lain. Pengeluaran ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan pernafasan meningkat dengan mendadak. Kemudiannya insulin dikeluarkan dan synthesis of sugar, fat berlaku supaya tubuh badan kamu mendapat tenaga untuk beraksi. 


Faham tak maksud beraksi tu? hehe.. contohnya senang. Kamu sedang berjalan seorang diri di satu lorong gelap. (Yang jalan sorang-sorang tu knape~).. dan tiba-tiba kamu ternampak seekor anjing yang sedang mencari makanan. Kemudian mata bertentang mata lalu turun ke kaki. Haa.. super strength yang kamu dapat sekejap sewaktu melarikan diri tu lah yang boleh dinamakan "adrenaline rush" seperti yang diterangkan di atas.


Hidupan lain juga mengalami "adrenaline rush" di dalam fight or flight mode mereka.


Malangnya.. kalau kena kejar dengan anjing, atau berada dalam keadaan yang bahaya tu ok lah jugak, tapi kenyataan yang perlu diterima, adrenaline rush bukan sahaja berlaku jika kamu berhadapan dengan ancaman secara fizikal, tetapi ia juga berlaku dengan ancaman atau tekanan yang hanya berlaku secara mental. 


Situasi yang stess atau tertekan yang tidak terkawal akan menggalakkan aktiviti adrenergic dan noradrenergic neurons lalu memberi kesan yang mendalam kepada memori kamu, menurut satu pasukan penyelidikan dalam Journal of Neuroscience Oktober 2008. Pasukan penyelidik PNAS, (Proceedings of the National Academy of Sciences) Januari 2008 juga mendapati tahap stress hormon yang tinggi dalam satu tempoh yang berterusan menyebabkan berlakunya penyusutan saiz hippocampus. 


Dan di bawah ni pula merupakan satu lagi sesi terapi, kali ni antara saya dengan kawan saya. Lebih kepada terapi yang tidak formal. Paham-paham je lah ye kalau dengan member.. Haha. Dia sedang berada di tahun ke-3 di universiti, dan pada semester ni ada banyak cabaran yang perlu dia hadapi. Antaranya masalah di universiti, projek-projek yang perlu disiapkan, pelajaran semakin merosot, masalah peribadi dan lain-lain. Jadi dia pun mintak la pandangan. 

p/s: "Adrenaline overdose" yang saya maksudkan di bawah tidak merujuk kepada terma klinikal. Saya cuma mengaitkan ia dengan kesan adrenaline berlebihan atau berada dalam keadaan stress yang tidak terkawal.

0 comments:

Post a Comment