Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 9, 2014

No Comment

JAKARTA – Rakyat Indonesia mula mengundi hari ini untuk memilih presiden baru, antara calon baru, Gabenor Jakarta, Joko Widodo dan bekas jeneral pada era pemerintahan Suharto, Prabowo Subianto.

Agensi berita antarabangsa menjangka Widodo akan membawa stail kepemimpinan baru dan memperkukuhkan demokrasi oleh kerana beliau datang daripada latar belakang orang kebiasaan dan tiada kaitan dengan pimpinan zaman lampau.

Prabowo, selain bekas jeneral, pernah mengarahkan aktivis demokrasi ditahan sebelum kejatuhan Suharto pada 1998 dan menjanjikan kepemimpinan tegas jika menang pilihan raya ini.

Sebahagian besar pusat mengundi di wilayah timurnya di Papua dibuka seawal jam 7 pagi tetapi cuaca kurang baik dengan hujan dan angin kuat sejak beberapa hari lalu menjejaskan penghantaran kertas undi ke kawasan pedalaman.

Katharina Utomo, 38, dilaporkan oleh agensi sebagai orang pertama yang mengundi di pusat mengundi kecil di Papua.

“Saya pilih Jokowi kerana beliau mendekatkan dirinya dengan orang ramai dan datang ke sini untuk berkempen,” kata Utomo, seorang suri rumah.

Beberapa ulan lalu, Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, kelihatan berada pada landasan mudah untuk menang tetapi selepas kempen yang memburukkan namanya, sokongan terhadapnya mulai berkurangan.

Gabenor Jakarta itu dilemparkan dengan pelbagai tohmahan termasuk dakwaan yang menyatakan yang beliau adalah daripada keturunan Cina Kristian dan bukan seorang Muslim. Beliau menafikannya sekeras-kerasnya.

Prabowo, 62, adalah seorang usahawan kaya dan menggunakan latar belakangnya sebagai pegawai tentera ketika berkempen bagi meraih sokongan daripada golongan yang masih mahukan negara berkenaan kembali kepada pemerintahan kukuh seperti pada zaman Suharto.

Sejumlah 190 juta pengundi layak mengundi untuk memilih presiden hari ini. – AFP

0 comments:

Post a Comment