Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 22, 2014

No Comment


Kalau kita perhatikan dalam percakapan seharian, kita sering terdengar ayat-ayat seperti "Dah pandai menjawab!", "Menjawab engkau bila orang tua bercakap!".

Rasanya memang semua orang tahu apa itu maksud menjawab tetapi rasanya masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu maksud menjawab dalam situasi-situasi tersebut. Perkataan menjawab itu bukan seperti ketika menjawab dalam peperiksaan ataupun dijawab bila ditujukan soalan.

"Dah pandai menjawab!"
"Menjawab engkau bila orang tua bercakap!"

Jika diperhatikan lagi ayat-ayat diatas biasanya digunakan dalam situasi marah dan pada pangkat yang berbeza seperti ibu dan anak dan ada lagi antara pangkat-pangkat lain seperti guru dan murid.

Kadang-kadang kita juga hairan apabila seseorang atau kita sendiri dimarahi bila menjawab. Apa perlu buat? Sudah ditanya ataupun disalahfaham mestilah kita mahu menjawab atau jelaskan situasi dengan alasan-alasan.

Ya, menjawab itu tidak salah jika tidak melibatkan pangkat-pangkat seperti yang dinyatakan. Tetapi bila melibatkan pangkat-pangkat tersebut haruslah ditunjukkan rasa hormat. Selain itu dengan menjawab kita telah menunjukkan yang kita sudah mengatasi si pemarah yang mana pangkatnya lebih tinggi daripada kita dan sekaligus membuatkan mereka rasa kecewa kerana setiap manusia sedikit sebanyak memiliki sifat tidak mahu kalah ataupun salah.

Kalau diperhatikan pada pangkat-pangkat yang dinyatakan tersebut disitu timbul soal keberkatan baik ibu bapa mahupun guru. Membuatkan mereka berasa tersinggung ataupun kecewa dan direndahkan sekaligus akan membuatkan kita tidak mendapat berkat.

Jadi apa perlu dibuat bila dimarahi? Kita jangan menjawab. Kita sebenarnya hanya perlu memohon maaf dan mengaku diatas kesilapan kita walaupun kita tahu yang kita benar sekalipun ataupun itu hanyalah satu perselisihan fahaman sahaja. Biarkan mereka rasa yang mereka betul, sentiasa diatas, dan rasa dihormati serta tidak dijatuhkan maruah dengan jawapan kita InsyaAllah keberkatan mereka akan mengalir kapada kita. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment