Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 22, 2014

No Comment


"Kotak hitam akan diserahkan kepada pihak Malaysia malam ini", kata Najib setelah beliau mencapai persetujuan dalam perkara tersebut dalam perbincangan dengan pihak Rusia. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa persetujuan berkaitan dengan mayat mangsa nahas MH17 dan kotak hitam telah dicapai. 

Dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya di Putrajaya tadi, beliau berkata mayat akan diterbangkan kembali ke Amsterdam.

Beliau juga berkata, pada pukul 9 malam (waktu Ukraine), yang kotak hitam akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Dengan pengumuman ini, misteri yang menyelubungi MH17 bakal terjawab.  Pihak yang menembak jatuh MH17 akan dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi- SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment