Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 22, 2014


Pembekal bagi komponen telefon mudah alih telah dihentikan selama-lamanya dari pembekal China untuk Samsung Electronics Co Ltd selepas kilang itu disyaki menggunakan tenaga buruh kanak-kanak. 

Samsung, pembuat telefon pintar terbesar di dunia, berkata minggu lepas, ia telah berhenti menjalankan perniagaan dengan kilang Dongguan Shinyang Elektronik, anak syarikat milik Shinyang Engineering Co Ltd dari Korea Selatan, selepas proses pengauditan menunjukkan syarikat tersebut menggunakan tenaga buruh kanak-kanak.

Pihak pengurusan dari Dongguan Shinyang enggan bertemu atau bercakap dengan pemberita Reuters yang baru-baru ini telah melawat kilang pembuatannya.

Kerajaan tempatan sedang menjalankan siasatan ke atas kilangnya, menurut satu kenyataan di laman web samsung  bertarikh 16 Julai, dua hari selepas Samsung menggantung perniagaannya - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment