Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 8, 2014

No Comment


Malang tidak berbau, jadi sentiasalah berhati-hati tidak kira dimana jua anda berada dan lebih-lebih lagi ketika sedang memandu kerana anda lebih berisiko.

Dinasihatkan kepada para pembaca SiakapKeli.com supaya tidak mengekori kenderaan berat tambah pula yang membawa batu bata, konkrit dan sebagainya yang boleh cenderung kepada perkara yang bahaya. Jika boleh potong sahaja kenderaan tersebut.

Hari ini satu kemalangan telah berlaku di lebuh raya NKVE yang mana menyebabkan besi cerucuk dari sebuah lori  telah melayang dan tertusuk kepada sebuah kereta.

Bagaimanapun penumpang hadapan amat bernasib baik kerana tidak tertusuk besi tersebut sementara anaknya jugak yang tidur di tempat duduk belakang ketika itu juga terselamat.




Melihat kepada besi tersebut kedua-duanya memang nyaris mendapat musibah tersebut. Namun, Alhamdulillah semuanya selamat.

 Kepada pemandu-pemandu lori yang membawa muatan yang boleh memberi risiko tehadap perkara-perkara seperti ini diharap dapat mengambil langkah keselamatan yang lebih efektif - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment