Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 22, 2014


Sony baru-baru ini telah mengumumkan satu telefon pintar baru yang akan memfokuskan kepada kepada kamera, Sony Xperia Z3x, telefon bimbit yang dikatakan akan didatangkan dengan kamera Sony Exmor RS 22 megapiksel.

Sekarang, beberapa maklumat mengenai telefon 22 megapixel ini telah bertebaran di seluruh internet. Yang paling menarik, telefon ini akan dilengkapi dengan Sony Xmor RS yang datang dengan 22 megapiksel dengn kanta yang melengkung.

Screenshoot spesifikasi dibawah memberi sedikit perincian tentang kanta kamera yang bakal menggantikan kamera 20.7 megapiksel yang digunakan di dalam Z1 dan Z2 sekarang.



Selain dari kamera, beberapa spesifikasi lain turut berlegar di internet. Telefon bimbit ini dikatakan akan mempunyai paparan 6,14 inci dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080 piksel, peranti ini dikatakan akan dikuasakan dengan 64-bit Qualcomm Snapdragon 810  2.86GHz, dan ia juga akan datang dengan 2GB RAM dan simpanan 16GB. 

Daripada apa yang kita dengar sebelum ini Sony akan melancarkan pelbagai aksesori kamera untuk Xperia Z3x, ini termasuk kanta dan flash, ditambah mikrofon. Telefon bimbit yang dikhabarkan akan dilancarkan pada awal tahun depan akan datang dengan Android 5.0 L. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment