Bapa Saudara Kerap Cabul Kemaluan Ketika Bermain - JEMPOL : Seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul anak saudaranya berumur tiga tahun.
Perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila mangsa mengadu mengalami sakit pada anggota badannya kepada ibunya.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa juga memberitahu suspek kerap melakukan perbuatan itu ketika bermain dengannya.
Hamzah berkata, ibu mangsa terkejut dengan pengakuan anaknya itu lalu memaklumkan insiden itu kepada adiknya, 40-an yang juga juga isteri suspek.
“Akibat tidak tahan dengan perbuatan suspek, isteri suspek membuat laporan di Balai Polis Batu Kikir pada 11 Februari lalu. Suspek yang sedang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan pada hari yang sama.
“Kita sudah menahan reman suspek selama empat hari bermula 11 Januari lalu. Hari ini (semalam) kita akan lanjutkan reman itu,” katanya.
Hamzah berkata, suspek tinggal di Kuala Pilah namun, sering ke rumah kakak iparnya di Batu Kikir kerana isterinya menjadi pengasuh kanak-kanak itu.
Manakala dalam perkembangan kes sama, Hamzah berkata, pihaknya turut menerima satu lagi kes cabul melibatkan seorang remaja 15 tahun.
“Mangsa tidak bersekolah mendakwa dirinya dicabul oleh bapa tirinya yang berusia 60 tahun yang tinggal bersamanya dekat Felda Palong.
“ Perbuatan mencabul itu juga dipercayai sudah berlarutan sejak 2011 hingga 2012.
“Kejadian dikatakan semakin berulang dan menyebabkan mangsa tertekan dengan tindakan suspek,” katanya.
Hamzah berkata, mangsa membuat laporan polis pada 14 Februari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.
“ Bagaimanapun, ketika membuat laporan polis, mangsa turut membawa ibunya dan suspek.
“ Suspek seterusnya menyerah diri dan kini ditahan reman di IPD Jempol selama empat hari. Kedua-dua kes ini akan di siasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya. – Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment