GOMBAK – Dua penjenayah bagaikan mencabar kewibawaan polis apabila mereka bertindak berani merompak dan melarikan tiga dulang berisi sejumlah rantai leher dianggarkan bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari Pondok Polis Selayang Baru di Jalan 11 B, Selayang Baru di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 10.15 pagi, seorang pemuda, Mohd. Zaki Alias, 23, nekad mengejar kedua-dua perompak itu sejauh 100 meter sebelum bergelut dengan suspek yang bersenjatakan parang selepas kejadian rompakan itu tidak disedari anggota polis yang bertugas di pondok polis itu.
Mohd. Zaki, seorang saksi yang melihat rompakan itu berkata, sebelum kejadian dia yang berada di kedai emas milik abangnya yang terletak sebelah kedai emas yang dirompak terkejut apabila mendengar bunyi kaca pecah tiga kali sebelum diikuti jeritan meminta tolong.
Curiga dengan bunyi tersebut, Mohd. Zaki menjenguk kedai emas sebelah sebelum ternampak dua lelaki bertopi keledar dengan seorang memegang parang cuba melarikan diri sambil membawa sebuah beg kecil dipercayai berisi rantai leher yang dirompak.
Penjenayah berani sebab polis semua tidor. Jenayah depan mata tak perasan. Kerja utama nak cari pasal dengan parti pembangkang. Kes kes yang selesai cuma dengan bantuan orang ramai. Jangan le harap polis boleh settle sendiri. Tu pun bikin wayang yang indeks jenayah M'sia rendah. Banyak tak masuk rekod je.....
ReplyDeletePengambilan polis ramai-ramai bukan untuk kurangkan jenayah. Ramai (+/-90%) dijadikan FRU. Buat apa takut rakyat kalau tak ada salah. Last tu bikin kem kat kawasan pembangkang untuk tambah pengundi menyokong dalam pilihanraya. Saya sebagai rakyat rasa tertipu.......
dah mulala tu nak politik. please la.
ReplyDeleteorg menang dalam politik dpt duit, ko dpt ape? dpt tanah? rumah?
Bukan nak dapat apa-apa balasan. Cuma nak tinggal harapan untuk generasi akan datang. Kerajaan sekaran tengah kikis segala harta yang ada sampai hutang negara dah mencecah RM456.1 dalam 2012.
ReplyDeleteRujuk berita: http://beritasemasa.com/hutang-negara-malaysia-2012
Jangan sampai dah bangkrup macam Greece baru nak cerita. Ingat kawan, kita ada anak, cucu..... Kesian dia orang nanti.
Sekarang pun kerajaan tengah korek guna duit KWSP dengan interest rendah. Ingat, ini duit pencen orang swasta. Nanti pulangan tu sikit; apa dia orang nak bersara dengan.
Lagi pun tentang polis tu memang benar, 90% untuk polis rusuhan. Buat apa standby banyak tu untuk kawal rakyat. Adakah dah tahu memang rakyat dah tak puas hati dengan kerajaan?! Tinggallah je 10% untuk jaga keselamatan rakyat.
pondok polis ni display jek,supaya pnjenayah tkut bile nmpk lmbng polis.ape die igt pnjenayah ni budak umo 5 thn agaknye,huhu
ReplyDelete