Kami menerima emel mengenai salinan satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor .
Ia ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Sulaiman Abdul Rahman bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Surat pekeliling itu menyatakan yang pejabat pentadbiran Dewan Negeri telah mengambil langkah awal dengan memberhentikan pembayaran elaun bulanan kepada ADUN melalui ‘payroll’ mulai Februari 2013 sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Sehubungan itu, elaun berkenaan selepas ini akan dibayar melalui baucer secara berasingan.
Dengan edaran surat ini, makin jelas kerajaan negeri dipercayai akan membubarkan DUN dalam tempoh terdekat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri sebelum ini membayangkan untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh.
Mengikut kalendar Cina, Chap Goh Meh jatuh pada hari Ahad ini, mungkinkah DUN terus dibubarkan selepas itu seperti seperti mana yang diperkatakan?
Atau mungkinkah Jumaat ini dipilih Khalid sebagai memberkati penghulu segala hari itu?
Sebelum ini Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (Kita) itu dipetik sebagai berkata, pemimpin politik di negara ini wajar duduk bersama untuk menentukan tarikh pilihan raya.
“Ini kerana, saya lihat negara kita ini sering berpolitik dalam segala hal. Tarikh pilihan raya pun dipolitikkan.
“Saya juga cadang kita ikut cara Amerika Syarikat tentukan tarikh. Mereka tetap tarikh PRU seterusnya, selepas selesai pilihan raya,” katanya.
Beliau berpendapat, tindakan Kerajaan Selangor mengumumkan awal pembubaran untuk mengelakkan lebih banyak isu-isu negatif timbul.
“Jika lebih lambat PRU13, mereka khuatir beri kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, kerana jika dilihat banyak isu dikaitkan dengan Selangor seperti krisis air,” katanya.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pembubaran Dun sewajarnya dilakukan serentak dengan Parlimen bagi elak kekeliruan.
Ketika ditanya sama ada pengumuman awal ini dibuat kerana untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya bubar Parlimen lebih awal, beliau berkata, faktor psikologi ini juga berkemungkinan berlaku.
Namun katanya, rakyat pastinya akan mempersoalkan mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak berbuat perkara yang sama.
“Mengapa hanya Selangor, tidak bagi Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah,” katanya.
Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ni jamin penyokong BN. Hanya berani mencabar kewibawaan parti pembangkang.
ReplyDeleteCabar le BN bubar parlimen dan semua negeri dikuasai BN sama masa. Jamin yang lain mesti ikut. Baru meriah pilihanraya ...... Ada berani?