Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 16, 2013

No Comment
Valeria Kini Wanita Terkurus Di Dunia Gara-Gara Anoreksia...


Valeria Levitina adalah wanita terkurus di dunia kerana anoreksia.
Pada usia 39 tahun Valeria disebut sebagai mumia hidup kerana anoreksia yang dideritainya.
Anoreksia telah memamah tubuhnya hingga menjadi kurus kering dan kelihatan seperti rangka hidup.
Dia yang mempunyai ketinggian 172cm ini pada mulanya ingin menceburi bidang modeling pada tahun 1994.
alivemummy08
Obsesi terbesarnya adalahmenjadi “Miss Chicago” , justeru untuk mewujudkan obsesinya itu, Valeria melakukan diet ‘ketat’ dan sejak itu bermulalah ‘bencana’ dalam hidupnya.
alivemummy05
Tubuhnya mulai  kurus dari hari ke hari dan kini ia hanya tinggal sekitar 25 kilogram sahaja.
valeria-levitina_0eb62389c5

Anoreksia
Ciri-ciri:
- Tubuh badan menjadi terlalu kurus seperti jerangkung
- Jari tangan seperti pencakar
- Muka cengkung
- Mata seperti mahu terkeluar
- Sakit ketika berbaring kerana hanya tinggal tulang dan menyukarkan pergerakan.
Gejala:
- Terlalu mengambil berat tentang bentuk badan dan sering takut berat badan akan naik sedangkan berat semakin menurun
- Terlalu ingin menjadi lebih kurus dan mempunyai imej serta persepsi diri yang salah
- Merasakan diri gemuk sedangkan berat badan berada di bawah paras normal
- Tiada nafsu makan, makan dalam jumlah sangat sedikit seperti hanya meminum air sejuk dan berasa bersalah setelah makan
- Penurunan berat badan yang ketara
- Kelihatan lemah dan tidak bermaya
- Menganggap kulit dan daging yang melekat pada tubuh mereka sebagai lemak-lemak yang perlu disingkirkan.
Komplikasi:
- Tidak datang bulan tiga bulan berturut-turut
- Penurunan tekanan darah dan suhu badan yang drastik akibat lemak yang berkurangan
- Kerosakan dan kegagalan organ tubuh seperti jantung dan ginjal untuk berfungsi sehingga akhirnya membawa kematian
- Suka menyendiri, malu dan tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana berasa serba tidak kena dengan bentuk badannya
- Perubahan personaliti seperti merasa tidak yakin, rendah diri, hilang tumpuan, mudah tersinggung, cepat marah, kemurungan.
Tabiat makan yang mencurigakan:
- Pura-pura makan tetapi sebenarnya makanan disembunyikan atau dibuang
- Memotong makanan menjadi bahagian-bahagian kecil
- Mengunyah makanan secara lambat-lambat
- Kerap menghindari makan bersama keluarga.
Apa lagi nak dikata….

0 comments:

Post a Comment