Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya.
Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar.
Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.
Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan.
Pencerobohan itu dikesan berlaku Selasa minggu lalu.
Sementara itu, sebuah blog berpengaruh, The Unspinners mendakwa, pencerobohan di Lahad Datu itu mempunyai kaitan dengan pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
Blog berkenaan mendakwa, kumpulan yang melakukan penecrobohan itu merupakan pengikut Misuari.
Kencing lagi lah sumber sumber UNMO / BN. Kala benar ada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti semua media arus perdana (TV3, Utusan dll) akan ada print front page. So confirm temberang kacang................
ReplyDelete