Sejak keluar
daripada pentas Akademi Fantasia 6, pelakon serta penyanyi, Ika Nabila
tidak henti-henti dikaitkan dengan kontroversi. Berpakaian seksi, kaki
sosial, memiliki ‘dildo’, minum arak serta digosipkan menjalin hubungan
cinta dengan pengkid, itu antara kontroversi yang pernah menjengah hidup
pelakon drama, ‘Apa Celop’ itu.
Walaupun
sudah menjelaskan perkara sebenar, namun kontroversi tersebut masih
melekat pada dirinya, lebih-lebih lagi isu bercinta dengan pengkid. Mana
tidaknya, ke mana saja beliau pergi, pengkid yang dikaitkannya itu
pasti ada bersama. Terbaru, kelibat Ika bersama pengkid itu dilihat di
majlis resepsi Irma Hasmie.
“Dia
pengurus saya, Adlin, sebab itu ke mana saja saya pergi dia akan ada.
Dia sudah menguruskan saya sejak saya keluar AF6 lagi. Ibu bapa saya pun
mengenali Adlin dan saya sendiri memanggilnya dengan nama Kak Long.
Mana yang kenal saya, mereka tahu perkara sebenar.
“Walaupun
saya dah beri penjelasan sebelum ini, orang masih anggap kami mempunyai
hubungan dan memerli saya. Tak apalah, saya pun dah malas nak cakap
apa-apa lagi kerana mulut orang ini susah nak tutup. Saya anggap mereka
yang berfikiran sebegitu mengambil berat terhadap saya. Bagi saya, dari
terus buang masa memfitnah saya, lebih baik mereka cakap pasal kerjaya
saya,” ujar Ika yang mengakui gosip ini sedikit sebanyak menaikkan
namanya.
“Walaupun
gosip negatif namun saya ambilnya secara positif. Tidak dinafikan,
kontroversi yang berlaku membuatkan orang lebih ramai mengenali saya.
Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus. Saya baru saja
selesai menjalani penggambaran untuk Cerekarama TV3, ‘Perempuan Neraka’.
“Selain itu
saya juga sudah selesai telemovie Raya, ‘Hantu Susu’ untuk Astro dan
juga ‘Muat Tak Muat’ untuk TV3. Selepas ini, saya akan mula shooting
sebuah drama untuk Slot Azalea TV3,” ujarnya yang pernah keluar dengan
single, ‘Tiada Rasa’ sebelum ini.
GUA sempat
menemubual pengurus Ika, Adlin mengenai gosip yang timbul dan Adlin
menjawab, “Benda itu mengarut. Kami rapat dah lama dan keluarga dia juga
kenal saya. Bila dengar gosip itu saya gelak sebab saya anggap dia
macam adik saja. Orang hanya cakap saja kerana mereka tak kenal kami
dengan lebih dekat. Apapun, orang dalam industri faham dan kenal yang
saya hanya pengurus dia saja.”
Statement cover line !! Fakoff!
ReplyDelete