Parjanya Varun Yagam : Upacara Memanggil Hujan Agama Hindu (12 Gambar)
Interesting
Setiap kaum di dunia mempunyai gaya memanggil hujan mereka yang tersendiri. Kaum Red Indian melakukan tarian hujan untuk memujuk Bapa Angkasa. Dalam kepercayaan Hindu kawasan langit, hujan dan lautan dikuasai oleh Dewa Varuna. Setiap tahun upacara Parjanya Varun Yagam dilakukan bagi memohon hujan monsun yang lebat di seluruh India. Hujan monsun penting bagi memastikan tanaman mempunyai air yang cukup untuk hidup. Kegagalan monsun boleh mengakibatkan kerugian besar dan kebuluran.
Upacara Parjanya Varun Yagam unik kerana sami-sami Hindu akan berdoa sambil berendam di dalam kolah air selama empat jam. Kolah berendam mereka dibuat dari kawah logam yang biasa kita lihat ketika kenduri-kendara kahwin di Malaysia. Sangat fascinating. Tahun ini upacara Parjanya Varun Yagam dianggap sangat penting kerana menurut ramalam kaji cuaca, monsun tahun ini tidak selebat tahun sebelumnya dan datang lebih lewat. Diharap doa mereka dikabulkan tuhan.
0 comments:
Post a Comment