Bermulanya azan Maghrib hari ini, maka bulan Syab’an akan berakhir dan bermulanya bulan Ramadan Al-Mubarak.
Bagi masyarakat Islam yang akan berpuasa tetapi mungkin terlupa akan
niat untuk berbuat demikian, berikut panduan lazaf niat untuk sebulan
berpuasa, lafaz niat harian, lafaz doa ketika hendak berbuka dan lafaz
doa selepas berbuka puasa.
Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau
beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai
yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada
Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah
hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta
diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam
yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam
tersebut.
Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh
itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan
Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika
masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri
sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah
bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya
daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat
maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada
makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta
perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat
serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu
sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas
dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan
persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya
0 comments:
Post a Comment