LONDON 31 Ogos – Seekor kuda jantan seberat satu tan mengalami detik-detik cemas apabila terperangkap selama tiga jam di dalam paya di Radcliffe, Greater Manchester pada awal minggu lalu.
Namun usaha keras pasukan bomba Greater Manchester dan Pusat Kebajikan Haiwan United Kingdom (RSPCA) berjaya menyelamatkan kuda bernama Jeremy itu daripada lemas.
Haiwan itu dikatakan telah terperangkap dalam paya tersebut selama beberapa jam sebelum ditemui oleh pemiliknya, Jayen Renshaw.
Malah apa yang mengagumkan pasukan penyelamat, misi mengeluarkan Jeremy turut disaksikan kawan baiknya, seekor keldai bernama Misty.
Renshaw berkata, dia berasa sedih dan tidak sanggup melihat keadaan Jeremy ketika ditarik keluar dari paya tersebut.
“Jeremy sungguh bernasib baik kerana tidak mati dalam paya berlumpur itu dan pakar haiwan memberikannya suntikan antibiotik untuk menenangkannya,” katanya. – AGENSI
0 comments:
Post a Comment