Panas Isu Erin Malik Didakwa Hisap Ganja Di Set Penggambaran. Erin dikatakan telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu. Erin Malik turut membidas dakwaan tersebut.
Menurut Erin, dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut. Walaubagaimanapun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.
Perkembangan lain, Erin yang sudah selesai penggambaran Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie, Nur Iman untuk tayangan Ramadan ini bagi siaran RTM. - Nescaffesuam
0 comments:
Post a Comment