BEIJING – Satu lagi inovasi teknologi kali ini menyebelahi mereka yang gemar melepak dan menonton televisyen (TV) dan hanya perlu mengelipkan mata jika mahu mengubah siaran atau sebagainya.
TV Kawalan Mata yang dikeluarkan di bawah jenama Haier China itu, dilengkapi dengan alat peranti besar yang diletakkan di hadapan tv kemudian pengguna hanya perlu mengelipkan matanya bagi menukar saluran, mengubah nada suara, mematikan atau membuka siaran tv mereka.
Teknologi penderiaan mata diaplikasikan melalui sensor Kinect-style yang mana siaran atau program tv tidak akan terganggu jika mata penonton berkelip secara normal dan bukan bertujuan mahu mengubah siaran.
Alat pengesan itu perlu diletakkan di hadapan pengguna dan harus diselaraskan dengan mata pengguna itu sendiri untuk memastikan skrin tv berkenaan dapat mengenali mata yang bakal mengeluarkan arahan kepadanya kelak.
Pengguna yang sering berhadapan masalah kehilangan dan sakit mata melihat susunan alat kawalan jauh tv yang memenuhi meja kopi mereka boleh menyelesaikan masalah itu dengan teknologi terbaru ini.
Dalam pada itu, satu lagi cara terbaik mengawal siaran tv anda adalah menerusi telefon pintar yang baru sahaja direka.
Menerusi satu ujian yang dilakukan rangkaian blog teknologi melibatkan barangan dan elektronik pengguna di persidangan tekonologi IFA di Bderlin, Jerman pada minggu lalu telah menyimpulkan inovasi tv itu sebagai ‘konsep yang menambat hati’ walaupun ia masih belum bersedia untuk dipasarkan pengeluar.
0 comments:
Post a Comment