Bederau darah!
Bila pertama kali tengok video dari Youtube yang memaparkan seorang wanita seolah-olah membaling bayi ke udara terus penulis terfikirkan “Kalaulah terlepas mati budak tu agaknya”.
Hilang akalkah wanita itu? Buat bayi yang umur kurang dari setahun sedemikian rupa.
Jika Lena Fokina melakukan itu dengan tujuan ‘baby yoga’, tidak pernah pula penulis nampak pusat-pusat yoga yang ada di negara ini membaling bayi mereka sedemikian rupa.
Setakat dudukkan bayi di pangkuan riba sambil melentukkan kaki dan tangan adalah. Tidak pula sampai membaling ke udara!
Mungkin terdapat kebaikkan melakukan yoga dengan membaling bayi yang penulis sendiri tidak tahu.
Namun, jika ada sekali pun tolonglah hentikan.
Walaupun tulang bayi masih lembut dan mudah dilenturkan, namun ia juga mudah patah.
Mereka tidak dapat berkata-kata, yang mereka tahu jika berasa lapar atau tidak selesa, mereka akan menangis.
Sah-sah di dalam video ini bayi itu menangis!
Video yang telah mendapat 1 juta tontonan itu rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan wanita berusia 50-an itu.
Banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi memastikan bayi sihat. Janganlah sampai bahayakan nyawa mereka.
Daripa mereka dapat hidup sihat, tak pasal-pasal pula hilang nyawa atau jadi cacat.
Apa pula pendapat anda?
Oleh: Kasih Isa
0 comments:
Post a Comment