Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 2, 2012

No Comment

Berikut adalah satu email dari seorang rakyat Malaysia prihatin yang dihantar kepada Oh! Tidak di mana ingin meluahkan perasaannya berkenaan sambutan kemerdekaan tahun ini dilihat begitu suram dan kucar-kacir berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Assalamualaikum..
**Sy memohon sdikit msa dr SiakapKeli untuk membaca n memahami “Luahan Kecil” diri sy ini..
Sejak malam td sy trfikir..apa ERTI Merdeka kita pd tahun nih? Tiap tahun kita sambut,tp knapa tahun nih sy rasa sdikit suram? Mgkin sy sorang je kot yg rasa camnih,tp tak pd org lain.. Apa yg sy nk luahkan nih bkn sbb politik atau tanda sokongan sy pd mana2 pihak.. cuma sdikit rasa yg buat sy trsentuh..
Sy ingat lg masa zaman sy sekolah rendah..masuk je bln Ogos,Cikgu2 slalu bercakap,bercerita Apa Itu Makna Merdeka..Cikgu cakap,kalau kita Kibarkan Bendera,tuh tanda kita sygkan Negara..n tiap tahun gak,sy tggu je cerita2 lama ttg pahlawan2 kita yg brgadai nyawa demi meMERDEKAkan Tanah Air kita..tp tahun nih sy rasa betul2 berbeza..sy nih bkn lah patriotik sgt,cuma perasaan sygkan Malaysia nih membuak2 dlm hati sy (mgkin sbb Negara kita aman tak sperti Negara Luar yg sntiasa berperang sesama sendiri) agaknya.. Apa yg sy nk sentuh kat sini, Janji Ditepati.. knapa ye kna guna slogan tuh stelah brapa lama Negara kita mggunakan “Keranamu Malaysia” n “1 Malaysia”?? Ini sbb politik?? knapa harus politik diheret sama dlm KEMERDEKAAN kita?? Yg sini Janji Ditepati..Yg sana Sejiwa,Sebangsa,Senegara.. Kmudian brtelagah demi mempertahankan slogan masing2..bukankah Merdeka nih brtujuan utk mengenang kembali pengorbanan Pahlawan2 kita?? Kemana sbenarnya hala tuju KeMERDEKAaan kita?? sy trfikir lg..
26hb hari tu,sy balik kmpg utk brjumpa dgn anak sy..dlm kreta anak sy brtanya “Mama,Merdeka dah nak dekat ka? Cikgu soh beli bendera pacak depan rumah..cikgu kata lagi banyak kita pacak,lagi banyak tanda kita syg negara..betoi ka Ma?” Sy cuma mengangguk. (sbb sibuk leka dgn FB)..tiba2 sy tersentak dgn ngomelan anak kecil sy.. “Abih tu,ni yg penuh kat tiang lampu ni bendera negara mana Mama? Hijau ada biru ada. Kat skolah takdak plak cikgu habaq pasai bendera ni.Depa pun sambut Merdeka jugak ka?” Sy cuma trdiam..Apa yg sy patut jawab pd anak kecil yg bru berusia 7 tahun ni?? Kmudian sy tersenyum mendengar jawapan dr suami.. “haaa,kalau Adam nak tau,bendera ni ada jugak lam Malaysia..depa pun nak sambut Merdeka jugak..cuma bezanya depa ni Merdeka bila depa MENANG nanti. Nanti Adam dah besar,Adam akan tau apa maknanya.” sinis betul jawapan suami sy..
Ya,soalan dr anak kecil sy buat sy trfikir lg..sy tgok skeliling sy,spanjang prjalan sy dr kmpg,ke pekan kecik smpai pekan besar..brapa kerat je yg kibarkan bendera Malaysia..selebihnya??sy nampak mcm hampir pilihanraya,bkn Merdeka!! Mana penghayatan kita? Yg sini dgn Janji Ditepati,Yg sana dgn Sejiwa Sebangsa Senegara.. Mana 1 pilihan slogan kita? Merdeka hanya satu hari, 31hb Ogos setiap tahun..terlepas tahun nih,kita kne tggu plak tahun depan..tak boleh ke kita KETEPIKAN politik skejap,bersatu demi meraikan n menghayati hari yg SATU nih? Setiap parti ada pengikutnya..Pengikut Yg sini,pilih Janji Ditepati,pengikut Yg sana pilih Sejiwa Sebangsa Senegara. Bermakna rakyat dah terbelah kpd DUA!! dah tak bersatu lg dah pd Hari Merdeka kita tahun ni.. Apa dah jd?? Dlu pg2 semua rakyat brhimpun kat Dataran sbb sambutan Merdeka..sama2 berkumpul tak kira Cina Melayu India..tp smlm?? Puak Kuning dgn caranya..yg tak sokong Kuning?? duduk kat rumah je laa.. Apa dah jadi?? Sy trfikir lg..
Sedang org lain sibuk dgn parti n politik di Hari Kemerdekaan kita nih,sy terkenangkan sesuatu..apa nasib Pahlawan kita? Tentera kita? Yg masih bertugas atau yg dah lama tiada..Apa nasib Abg sy yg ditempatkan di Pulau Sipadan demi pertahankan Negara? Tinggalkan anak isteri,Aidilfitri demi tugas n berbakti pd Negara tercinta.. Ada lg ke yg MENGHARGAI mereka?? bersatulah skejap demi MENGHAYATI MAKNA MERDEKA..
**Sy harap takkan ada sesiapa yg akan penjarakan sy hanya krana luahan sy ni..sy tak siapa2..sy tak ada apa2..sy cuma seorg rakyat Malaysia yg kalau tak ada pun kat dunia nih,takkan cacatkan apa2..suara rakyat sprti sy cuma suara kecil yg mgkin tak bawak apa2 makna..tp andainya kita himpunkan suara kecil ni,mgkin kita dpt MENGUBAH dunia.. sy sentiasa berdoa,jgnlah Negara kita berpecah kpd DUA n jd kucar kacir sprt Syria,Libya.. Sy cuma inginkan keamanan..utk sy,utk ANAK KECIL sy n utk rakyat Malaysia..Insya ALLAH..
- Nama pengirim dirahsiakan.
Kami rasa tahun ini memang agak kucar-kacir sedikit mungkin tahun ini adalah tahun PRU akan berlangsung. Kerana itu sememangnya mana-mana parti sekalipun akan merasakan hari kemerdekaan ni adalah masa yang terbaik untuk menyelitkan parti masing-masing di dalamnya. InsyaAllah, tahun-tahun akan datang kita akan sambut hari kemerdekaan dengan penuh gilang-gemilang dan tidak memeningkan. - OhMedia

0 comments:

Post a Comment