GENTING GAZA : Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di Palestin diberi peluang untuk menjadi Datuk Bandar Allar yang dihuni lebih 8,000 penduduk selama dua bulan selepas terpilih di bawah program pendidikan di negara itu.
Bashaer Othman turut menyimpan cita-cita untuk menjadi pemimpin di Palestin pada masa hadapan.
Remaja berjiwa besar itu juga turut menghadiri mesyuarat dan berucap di hadapan umum serta menandatangani projek pembangunan di bandar Allar tersebut sejak mula memegang jawatan terbabit hampir sebulan lalu.
“Saya mahu melakukan pembaharuan dengan menubuhkan unit pertahanan awam. Selain itu, saya juga berhasrat untuk menaik taraf perpustakaan,” katanya. – Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment