Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 23, 2012

No Comment
The Monument to African Renaissance ialah monumen gergasi setinggi 49 meteryang terletak di ibu negara Senegal Dakar. Ianya siap dibina pada tahun 2010, tepat pada ulang tahun ke 50 kemerdekaan Senegal dari negara Perancis, Monumen ini direka oleh arkitek terkenal Senegal Pierre Goudiaby dan merupakan projek mega Presiden Abdoulaye Wade.

Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan sebuah syarikat dari Korea Utara diberikan kontrak membina monumen ini. Pemilihan syarikat dari Korea Utara ini merupakan permulaan pelbagai kontroversi yang bakal melanda projek ini. Dengan kos pembinaanUSD 27 Juta, ramai merasakan pembinaan monumen ini membazir kerana wang ini boleh digunakan untuk projek yang lebih bermanafaat. Gaji purata rakyat Senegal ialahUSD 1000 setahun! Kontroversi melanda lagi apabila Presiden Abdoulaye Wade meminta 35% hasil kutipan tiket untuk diri beliau atas alasan idea pembinaan monumen ini ialah "harta intelektual" beliau. Selain daripada itu pembinaan patut gergasi juga dianggap tidak sesuai untuk Senegal dimana 94% rakyatnya beragama Islam. Pihak imans menegaskan patung gergasi tidak menutup aurat ini sangatlah tidak syaria compliant.







Sumber - BlogSerius

0 comments:

Post a Comment