Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 19, 2012

No Comment


Adda Butterfly - gambar

KEBELAKANGAN ini, nama Adda Butterfly seakan-akan sinonim dengan kontroversi. Tidak dinafikan setiap tindak-tanduknya mengundang perhatian peminat dan seterusnya dijadikan bahan perbincangan dalam laman hiburan di Internet.
Pelbagai komen ditulis termasuklah ayat yang sangat kasar dan tidak enak dibaca. Sebagai manusia, apatah lagi baru berusia 24 tahun, ia sedikit sebanyak mengguris perasaan adik kepada Rodi Kristal ini sehingga membuat dia mengalirkan air mata. 
Bagaimanapun, seiring dengan peningkatan usianya pada 22 Oktober lalu, Adda atau Nur Syuhadah Baharuddin berjanji untuk bangkit membersihkan namanya. 
Paling penting, Adda akan melupakan kisah silamnya yang sering diperkatakan ramai. Fokusnya kini terarah kepada masa depan terutama kariernya sebagai penyanyi solo dan pelakon. Apatah lagi Butterfly akan tamat kontrak dengan Universal Music, tahun depan.
“Saya nak berjaya dalam bidang seni dan alhamdulillah peminat pun nampak bakat saya. Namun saya masih belum puas hati kerana nak orang lebih kenal saya lagi.
Biarpun ada berlakon, kelebihan saya ialah menyanyi, jadi saya akan mencuba sebaik mungkin. 
“Jodoh dengan Butterfly hanya setakat album Lelaki Pilihan kerana anggotanya kini masing-masing ada komitmen sendiri. Namun kami boleh bergabung dalam persembahan sekiranya ada permintaan penganjur. 
“Sekarang saya nekad nak bergerak solo kerana rasa lebih selesa. Bukannya bermaksud saya tak sukakan anggota Butterfly, tapi seperti saya katakan tadi, masing-masing ada agenda sendiri. Saya bukan tamak tapi nak cuba benda baru. 
“Kemunculan solo saya tiada kena mengena dengan status janda saya sekarang. 
Kalau boleh selepas ini saya nak dikenali dengan nama baru dan mungkin Adda Syuhada,” tegasnya. 
Kontroversi mengenai lelaki yang hadir dalam hidupnya juga ingin dilupakan termasuk kisah kasih tidak kesampaian dengan pelakon baru Adam Shah. Dia terkejut kerana selama dua bulan menjalin cinta, tiba-tiba Adam meninggalkannya begitu saja. 
“Tak sangka dia boleh buat begini terhadap saya. Apapun, saya enggan kenang lagi semua itu dan anggap ia pengajaran dalam hidup. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan hanya fikirkan mengenai karier,” katanya. 
Bukan kejam ingin bertanyakan soalan yang agak keras. Namun setiap persoalan perlu ada jawapannya. Apatah lagi kalau membabitkan artis yang dikatakan milik masyarakat. 
Justeru, Adda turut ditanya mengenai perubahannya daripada imej bertudung dan kini kembali membuka tudung. Ketika menjawab soalan ini, suaranya mula bergetar. 
“Sebelum ini Adda bertudung sebab nak kahwin. Tambah pula, ketika itu Butterfly pun senyap daripada bidang seni. Ketika itu saya betul-betul bertekad nak berubah. 
“Tapi apakan daya impian itu tak jadi kenyataan dan kehendak takdir mengatasi segala-galanya. Saya tak boleh bernafas apabila diceraikan. 
“Apapun itu suratan takdir dan saya tak boleh berdiam diri lama-lama kerana hidup perlu diteruskan. Saya ada tanggungjawab untuk masa depan. Saya tahu orang akan salahkan saya, tapi mereka perlu juga fikirkan dilema yang saya hadapi. 
“Saya minta isu ini tak diperbesarkan kerana saya juga manusia biasa yang tak boleh lepas daripada buat silap. Keluarga juga menyokong saya dan saya berjanji takkan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment