Akhil Hayy terkejut dengan pengelibatan anak tirinya, Deanna Sofea dalam
bidang nyanyian walaupun beliau tidak mempunyai sebarang ikatan lagi
dengan Deanna Sofea.
Akil Hayy yang pernah memegang status sebagai bapa tiri kepada penyanyi
baru ini di katakan terkejut selepas di buru wartawan untuk mendapatkan
kenyataan dari beliau.
“Dia bekas anak tiri saya. Payah sikit saya nak berikan komen. Ini
kerana ia membabitkan maruah. Masa saya sah jadi bapa tirinya, saya
tidak nampak pun tanda-tanda yang menunjukkan minat atau keinginannya
untuk menjadi penyanyi. Malah, saya juga tidak terfikir dia berminat
untuk menjadi penyanyi.
“Dia kini sudah jadi tanggungjawab ibu dia sepenuhnya. Saya tak boleh
nak komen apa-apa lagi. Sewaktu dia dalam tanggungjawab saya pun, tidak
pernah saya didik dia untuk menjadi penyanyi.
“Walaupun didikan saya itu tidak sempurna mana, sebagai ayah dan ustaz
saya tidak akan suruh anak saya menjadi penyanyi. Sejak bercerai, dia
berada di bawah jagaan ibunya,” katanya kepada wartawan.
Menurut Akhil, dia tidak pernah tahu lagi mengenai perkembangan bekas
anak tirinya itu selepas dia berpisah dengan ibu kepada penyanyi baru
berkenaan.
“Sewaktu saya menjadi ayah tirinya, saya hanya memegang amanah yang
diberikan kepada saya. Saya sendiri tidak pernah tahu lagi apa yang
terjadi kepadanya selepas saya bercerai.
“Namun, saya hanya doakan yang positif untuknya. Tapi, saya sama sekali
tidak menyangka dia kini sudah menuju ke arah ini. Ianya terpulang
kepada siapa yang membimbingnya. Saya pun tidak mau ada pihak yang
terasa.
“Itulah kronologi yang berlaku kepada diri saya. Sejujurnya, sebelum ini
pun, saya tidak nampak pun dia menunjuk minat jadi penyanyi. Apapun,
saya tidak sangka. Saya betul-betul terkejut dia jadi penyanyi,”
jelasnya.
Akhil turut menegaskan, hidup manusia ada masanya akan berubah dari pelbagai sudut.
“Saya betul-betul tidak berani nak komen lebih panjang lagi. Sepatutnya,
dengan apa yang terjadi kepada kami sekeluarga sebelum ini, dia dapat
lakukan perkara dengan mendalami ilmu yang diperolehnya.
“Dalam kehidupan saya, saya tidak pernah suruh orang jangan menyanyi.
Sepatutnya dia lebih konduksif. Dia juga tidak sepatutnya ke arah
negatif. Saya memang pernah ada mendengar cerita dia nak jadi penyanyi.
“Isteri saya (Waheeda) pun dahulu seorang yang popular. Tetapi sekarang
dia sanggup meninggalkan segalanya demi Allah. Apa yang berlaku kepada
Deannaa adalah terbalik dengan isteri saya,” ujarnya.
Untuk tidak mengulas panjang, Akhil hanya berserah dan merasakan soalan
yang dilemparkan kepadanya itu lebih afdal dijawab oleh ibu yang
menjaganya.
“Saya rasa lebih baik ibu dia yang jawab. Saya sudah ada famili sendiri. Saya juga kena jaga hati banyak pihak,” katanya.
0 comments:
Post a Comment