Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 18, 2012

No Comment
Isu Rohingya - MERHROM Tulis Surat Kepada Obama


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM) menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memainkan peranan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar.
Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, Obama boleh berbuat demikian dengan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar sebuah pasukan keamanan ke negara berkenaan untuk memantau pencabulan hak asasi yang dihadapi etnik tersebut.
“Kekejaman yang berlaku ke atas etnik Rohingya berpunca daripada dasar penghapusan etnik Rohingya yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat dunia. Anda (Obama) mesti berusaha menggesa Kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman yang dihadapi etnik Rohingya yang tidak berdaya.
“Anda boleh membantu etnik Rohingya dengan menghalang pelabur Amerika daripada menjalankan urusniaga di Myanamr sehingga kekejaman yang berlaku keatas etnik Rohingya dihentikan,” katanya melalui surat yang ditujukan kepada Obama seperti disiarkan melalui satu kenyataan media hari ini.
Zafar Ahmad melalui surat sama berkata, Obama perlu menggesa PBB mewujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat pencabulan hak asasi manusia dihadapi etnik Rohingya.
Menurutnya, MERHROM berasa kesal kerana PBB berjaya mengembalikan keamanan di banyak kawasan berkonflik tetapi gagal berbuat perkara sama dengan segera untuk etnik Rohingya.

0 comments:

Post a Comment