Di ruang internet mahu pun dada-dada akhbar, bertebaran kisah mengenai kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin.
Negara mereka dibom tanpa belas kasihan.
Setiap rayuan dan rintihan, langsung tidak dihiraukan oleh tentera Israel.
Yang tetap menjadi mangsa adalah kanak-kanak dan golongan wanita.
Sekiranya ditanya berhadapan dengan tentera Israel, apakah dosa rakyat Palestin yang telah mereka lakukan hingga sebegini kekejaman yang mereka perolehi?
Kita di sini, hanya mampu melihat dan berdoa.
Semoga, satu hari nanti, nasib rakyat Palestin akan terbela dengan izinnya dari Allah S.W.T.
Pergilah kemana-mana sahaja, kisah Palestin pasti akan meniti di bibir-bibir manusia.
Ramai yang meluahkan rasa sedih, kecewa dan marah terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel.
Tetapi, persoalkan diri kita, mampukah kita menjadi berani seperti kanak-kanak perempuan yang hanya berusia 5 tahun dalam video ini, yang berani bercakap tentang kebenaran di hadapan tentera-tentera Israel.
Mampukah kita?
0 comments:
Post a Comment