Baru 16 hari melayari bahtera rumah tangga, pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan berita mereka bakal menimang cahaya mata pada tahun hadapan.
Inilah rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada pasangan artis yang sama cantik sama padan itu.
Belum pun habis lagi ucapan tahniah dari orang ramai atas kejayaan mendirikan masjid, mereka berdua menerima ucapan gembira sekali lagi.
Mahu tahu bagaimana reaksi dan apa kata Farid tentang kehamilan isterinya?
Macam mana pula rancangan untuk berbulan madu ke Istanbul seperti yang dijanjikan oleh Farid kepada Diana?
Jom dengar…
erm,,, xde pulak org nak pertikaikan macam org pertikaikan fasha sanda dulu kan... kasihan fasha.....
ReplyDelete