Kalau muka kita ditampar, satu sahaja rasa yang kita akan rasai, iaitu sakit!
Tetapi, percaya atau tidak, tindakan menampar adalah salah satu terapi awet muda.
Sepasang suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat (AS), Mawan dan Tata Sombuntham percaya dengan teori mereka bahawa menampar adalah terapi untuk mengelakkan dan merawat masalah kekedutan.
Pasangan yang berasal dari Thailand itu telah membuka salun kecantikan ‘menampar’ di negara tersebut iaitu di San Francisco.
Tata iaitu isteri kepada Mawan merupakan individu yang pakar di salun mereka untuk melakukan terapi tampar.
Kata Tata, tindakan menampar muka akan menjadikan kulit kembali tegang, pori-pori kulit akan mengecil serta menghilangkan garis-garis kedutan di wajah.
Bukan itu sahaja, Tata juga mendakwa terapi tamparnya adalah terapi yang pertama untuk anti-penuaan di dunia ini.
Di salun mereka, setiap pelanggan yang mendapatkan terapi itu akan dikenakan bayaran sebanyak 350 Dollar AS (RM1050) yang memakan masa hampir 15 minit.
Mawan dan Tata juga mendakwa, kesan dari terapi itu dapat dilihat dalam masa yang terlalu singkat.
Percaya atau tidak, mungkin anda boleh mencuba di rumah?
Oleh: NAIMAH SHAARI
0 comments:
Post a Comment