Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 26, 2013

No Comment
Memalukan anak 1


Seorang ayah mendapat idea cukup kreatif apabila menghukum anak perempuannya sehingga foto hukumanitu menjadi viral pada forum Reddit Khamis lalu.
Gambar menunjukkan wajah anak perempuan yang sangat tidak berpuas hati memakai baju terpampang wajahnya dengan perkataan Try Me!.
Kapsyen gambar menjelaskan bahawa gadis itu telah dipaksa untuk memakai baju ke sekolah selama seminggu sebagai hukuman kerana melanggar perintah berkurung.
Kebelakangan ini, terdapat beberapa kes berprofil tinggi di Amerika Syarikat di mana ibu bapa menggunakan penghinaan awam sebagai satu bentuk disiplin.
memalukan 2
Pada bulan Mac, seorang gadis berusia 13 yang ditangkap mencuri telah dipaksa memakai baju neon hijau yang berbunyi, “Sembunyi wang anda. Sembunyi pakaian anda. Sembunyi segala-galanya. Sebab saya adalah seorang pencuri,” mengikut WDSU.
Ibu kanak-kanak itu, Danaka Walker berkata, anak-anaknya sepatutnya tahu lebih baik akibat perbuatan mencuri.
“Saya berasa jika anda memalukan saya dengan mencuri, saya juga akan menunjukkan kepada anda apakah yang dimaksudkan dengan perasaan malu,” Walker memberitahu sebuah stesen televisyen.
Begitu juga, pada bulan November, seorang gadis 15 tahun dari Florida telah dipaksa oleh ibu bapanya untuk berdiri di sudut jalan yang sibuk, memegang papan tanda yang berbunyi, “Saya menyelinap masuk seorang lelaki pada 3 pagi (ke bilik saya) dan tidak menghormati ibu bapa dan datuk nenek saya.”
Remaja berkenaan memberitahu krew berita tempatan bahawa hukuman itu membuatnya berfikir dua kali tentang mengingkari perintah ibu bapanya pada masa depan.
Walau bagaimanapun, beberapa pakar sentiasa memberi amaran bahawa penghinaan selalunya boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.
Dalam temu bual dengan Huffington Post, Alfie Kohn, Pengarang  “Unconditional Parenting: Moving From Rewards and Punishments to Love and Reason pula berpendapat bahawa penghinaan pada sebarang usia adalah “produktif”.
Apa pandangan anda? Bolehkah kita lakukan seumpama itu di Malaysia?

0 comments:

Post a Comment