Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 24, 2013

No Comment

Masih lagi belum habis kes sembilan tahanan melarikan diri di Butterworth, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita tentang tahanan atau banduan yang melarikan diri. Kali ini kes terjadi di Kuantan, Pahang pula.
Menurut sumber dari akhbar-akhbar tempatan, kejadian berlaku sewaktu banduan itu bersama banduan-banduan lain sedang melakukan kerja-kerja mencuci tasik dalam kawasan Penjara Penor.
tahanan lolos / bolos di Penjara Penor
Gambar hiasan
“Banduan terbabit, Mohd Norhafiza Mat Sudin, 26, berasal dari Felda Tenang, Besut, Terengganu sedang menjalani hukuman selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 2(2)(3)/15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Dia dihukum menjalani hukuman penjara mulai 15 September lepas dan tarikh bebas ialah pada 6 Disember 2013,” Kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.
Walau bagaimananpun, tahanan tersebut berjaya diberkas semula sekitar 9.15 malam tadi. Suspek ditemui pegawai dan anggota penjara sedang bersembunyi di kawasan semak berdekatan Madrasah Minaratil Ilmi.
“Suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut,”
Tahniah kepada anggota polis yang pantas melakukan tangkapan kembali demi keselamatan orang awam. Cuma Belalang harap selepas ini pasukan polis memperketatkan lagi kawalan kepada tahanan-tahanan.

0 comments:

Post a Comment