Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

SINGAPURA – Dalam usahanya untuk memperkenalkan buah-buahan dan produk asas tani Malaysia di peringkat global, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melancarkan Bazar Tani (Agrobazaar) pertamanya di sini menjelang Jun 2014, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata Fama masih mencari lokasi yang sesuai bagi Bazar Tani itu, dan telah mengenal pasti kawasan Geylang, Orchard Road dan Marina sebagai lokasi berpotensi.

“Buat sementara waktu, kami menjalankan usaha memperkenalkan ini dan mempelawa semua warga Singapura serta pelancong untuk merasa buah-buahan dan produk asas tani Malaysia,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas pelancaran jamuan durian di sini pada petang semalam.

Acara tiga hari yang diadakan di restoran ikon bertemakan Malaysia, Memanda, di 73 Sultan Gate, bersebelahan dengan Pusat Warisan Melayu itu, dianjurkan oleh Fama dengan kerjasama Memanda sebagai pelancaran tertutup bagi Bazar Tani itu.

Turut hadir ialah tetamu kehormat, Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Pertahanan merangkap Datuk Bandar Daerah Tenggara Singapura, Dr Mohamad Maliki Osman; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Kamsiah Kamaruddin; Pengerusi Fama, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak; dan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani.

Tajuddin berkata gagasan penubuhan Bazar Tani di Singapura ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebelum ini, kami tidak memperkenalkannya di peringkat dunia secara serius. Kami akan melakukannya sekarang, bermula dengan Singapura,” katanya, sambil menambah bahawa selepas ini ia akan diadakan di Brunei, Beijing di China dan beberapa negara lain.

“Kini Fama diberikan kuasa dan segala sokongan daripada kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, yang amat berminat untuk melihat misi ini berjaya,” tegasnya.

Selain memperkenalkan durian Malaysia, termasuk jenis ‘musang king’, D24, dan IOI, bazar ini akan juga menampilkan buah-buahan lain seperti manggis, rambutan, nanas, jambu batu dan pulasan serta produk asas tani daripada perusahaan kecil dan sederhana, selain demonstrasi masakan resipi-resipi berasaskan durian.

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam jamuan durian itu termasuklah Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, MTC Advance Marketing Sdn Bhd dan H. Izza Enterprise. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment