HONG KONG: Bintang veteran Hong Kong, Jackie Chan
mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi apabila sekali lagi menggelar Amerika
Syarikat (AS) sebagai negara yang paling korup di dunia.
Chan yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu pada
saluran Phoenix TV, bulan lalu menyatakan pendapat yang sama buat kali kedua
kepada seorang penulis blog di negara itu.
“Apabila bercakap mengenai korupsi di seluruh dunia ini,
adakah amalan itu berlaku AS? Jawapannya, negara itu yang paling korup!”
“Dari mana puncanya kerosakan di dunia ini? AS yang
memulakannya,” katanya sambil memberikan isyarat merujuk kepada krisis kewangan
global yang sedang berlaku.
Chan menambah, China merupakan negara yang masih muda, di
mana separuh daripada tempoh kewujudannya ‘dibuli’ oleh pelbagai pihak lain.
Katanya, negara itu hanya menikmati kejayaan yang sebenar
pada dekad lalu.
“Pemerintah negara kami mengakui korupsi berlaku di sana
tetapi kami sedang memperbaiki dan terus belajar,” katanya yang mengakui negara
lain menimbulkan pelbagai isu terhadap China kerana kurang senang dengan
‘kuasa’ dimiliki republik itu kini.
Bagaimanapun, komen bintang filem Rush Hour itu mendapat
kritikan hebat daripada penulis blog ruangan hal ehwal antarabangsa di
Washington Post, Max Fisher.
Dalam tulisannya, Fisher menyifatkan Chan sebagai
‘anti-Amerika’ kerana dipengaruhi perasaan kurang selamat sebagai masyarakat
China.
“Pandangan Chan merupakan refleksi kepada pendapat umum
masyarakat China terhadap AS.
“Ia yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak hanya
dilihat pada kelakuan mereka, malah pada pandangan yang dipengaruhi perasaan
kurang selamat itu,” katanya. - AFP
0 comments:
Post a Comment