Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 27, 2013

No Comment

Nyaris Buta Terpercik Gam
Nyaris Buta Terpercik Gam - Alor Gajah: Seorang anggota penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) nyaris buta apabila mata kanannya terkena percikan gam plastik di sebuah kampung di Solok Duku, Masjid Tanah di sini, petang kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 3.10 petang, Osman Mat Din, 24, yang tidak bertugas ketika itu cuba membaik pulih sebuah peti perkakasan yang rosak dalam sebuah bilik di rumahnya.
Adik mangsa, Mohd Saiful, 21, yang bersiap ke tempat kerja terkejut mendengar jeritan anak kedua daripada lima beradik itu.
Menurut Saiful, mangsa sebelum itu dilihat berada dalam bilik sambil mundar-mandir dan ingin membaiki sebuah peti perkakasan yang rosak.
“Dia memberitahu mahu pergi ke kedai untuk membeli gam plastik bagi membaiki peti berkenaan. Namun, sejurus pulang, saya melihatnya masuk ke bilik seperti mencari sesuatu sebelum terdengar jeritan dan terkejut mendapati dia menggelupur sambil menekup matanya.
“Apabila ditanya, dia memaklumkan gam plastik terpercik ke dalam anak matanya. Saya meminta dia membasuh mata dengan air bagi mengelak gam berkenaan kering,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Beliau yang juga anggota JPAM daerah berkata, akibat terlalu pedih, abangnya menggosok mata kanan menggunakan tangan menyebabkan gam berkenaan kering hingga kelopak matanya bercantum rapat.
“Ketika itu, saya melihat matanya kemerahan dan berair, selain memberitahu pandangan kabur serta kepalanya berdenyut. Saya meniup matanya perlahan bagi mengurangkan kepedihan.
“Bagaimanapun, gam itu tiba-tiba kering dan mengeras hingga kedua-dua kelopak matanya melekat serta sukar dibuka,” katanya.
Kata Saiful, mata mangsa dibalut dengan kain bersih bagi mengelak dijangkiti kuman sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk rawatan lanjut.
Mangsa dirujuk ke Hospital Melaka (HM) dengan menggunakan ambulans JPAM.
Sementara itu, Ketua Skuad JPAM daerah Saiful Nazmi Said berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada HAG terkejut mendapati mangsa adalah anggota jabatan itu. – Metro

0 comments:

Post a Comment