Kenderaan SUV Terjatuh Dari Jambatan - LAGOS, Nigeria : Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang lelaki terbabas dari Jambatan Third Mainland di sini terjunam ke dalam sebuah lagun pagi kelmarin.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan pemandu tersebut terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Mangsa dikeluarkan dari lagun itu oleh seorang nelayan yang tiba di tempat kejadian sejurus kemalangan berlaku. Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital di Ikeja.
Menurut laporan pihak berkuasa, punca kemalangan disebabkan SUV tersebut memandu melebihi had laju. – Agensi
berhati-hati semasa memandu
ReplyDelete