Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 4, 2013

No Comment

















KOTA BAHARU, 3 Mac (Bernama) -- Sekumpulan anggota tentera 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berlepas ke Sabah sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Suasana pilu kelihatan di kalangan anggota keluarga yang menghantar anggota tentera itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini.


"Ya Allah, selamatkanlah ayah kami," doa dua adik-beradik, Mohammad Faris Aiman Mohd Faizul Anuar, 6, dan Arisya Sofia, 4, melalui telefon bimbit ketika bercakap dengan bapa mereka, Kpt Mohd Faizul Anuar Fazil.


Siti Nor Juliana Ismail, 28, isteri kepada Kpl Ismail Ibrahim, 31, berkata beliau berasa berat hati melepaskan suaminya namun faham tanggungjawab yang dipikul suaminya demi menjaga keselamatan negara.


Beliau yang berasal dari Pasir Tumboh, di sini, berharap keadaan di Sabah berakhir dengan segera.


Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dikerah hari ini ke beberapa lokasi di sekitar pantai timur Sabah.


Krisis pencerobohan telah mengorbankan tujuh anggota polis dalam insiden berasingan Jumaat lepas di Lahad Datu dan malam tadi di Semporna.


Dilaporkan sehingga ini 15 orang pengganas Sulu terbunuh, termasuk seorang yang dilapor dibelasah setelah mengancam penduduk sebuah kampung di Semporna.


-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment