Jam menunjukkan pukul 3.3o petang.
Suhu di sekitar Felda Sahabat agak panas…anggota keselamatan kita
yang lengkap dengan jaket kalis mula resah. Peluh menitis satu persatu.
Namun ia tidak langsung menghalang mereka untuk setia menunggu kehadiran seseorang yang cukup istimewa semalam.
Berita bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lahad Datu
dan seterusnya ‘terbang’ ke kawasan konflik ini tersebar cukup pantas.
” Kenapalah Tun tak datang sebelah pagi…kecewa tak dapat
salam dengan beliau sebab sekarang giliran trup saya pula masuk ke
Kampung Tanduo,” kata seorang anggota komando tentera kepada
Mynewshub.my
Dia kemudian dilihat agak lemah melangkah masuk ke dalam trak yang menunggunya untuk masuk ke kawasan operasi.
Berbeza dengan seorang lagi rakannya yang baru keluar dari kampung tersebut.
Dari tadi dia seperti tak senang duduk membetulkan pakaian seragamnya.
” Seganlah pulak kalau Tun tengok uniform saya
compang-camping macam ni, muka saya ni pun dah seminggu tak bercukur,”
katanya sambil tersenyum.
Begitulah antara reaksi dan gelagat yang dapat disaksikan para
wartawan yang membuat liputan lawatan Dr. Mahathir ke Dewan Semai Bakti,
Desa Kencana, Felda Sahabat semalam.
Ternyata kehadiran bekas Perdana Menteri itu cukup mengejutkan,
apatah lagi dalam usianya yang sudah mencecah 87 tahun itu,
kesanggupannya melawat anggota polis dan tentera di sini dianggap satu
berita yang sungguh ‘tak disangka-sangka’.
Dr. Mahathir tidak memilih helikopter mewah, sebaliknya memilih
helikopter Nuri milik TUDM yang agak berusia untuk terbang ke sini.
Malam sebelumnya beliau menyampaikan syarahan perdana di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat Likas, Kota Kinabalu.
Namun jadualnya yang ketat tidak menghalang Dr. Mahathir untuk turut bersama anggota polis dan tentera kita.
Sebaik saja tiba dengan helikoter Nuri itu, beliau terus dibawa
dengan kenderaan pacuan empat roda dengan diiringi kawalan ketat pihak
Unit Tindakan Khas (UTK) ke dewan tersebut.
Sampai saja di dewan itu, ratusan perajurit telah pun berdiri tegak di kiri dan kanan jalan.
Dr. Mahathir dalam keadaan panas dan berpeluh, bersalaman dengan
mereka sebelum terus diminta berucap kepada wira-wira kita yang sedang
menunggu kehadirannya.
Sebaik saja dipelawa oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
untuk berbuat demikian, beliau terus memberi ucapan yang ringkas tapi
penuh bersemangat.
Katanya, beliau yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan
keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis
pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara.
Beliau berkata rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk
memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa
terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika
menyertai konvoi Operasi Daulat.
“Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat
pasukan keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi
keadaan ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara.
“Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi rakyat terus
sokong pasukan keselamatan,” katanya sebelum disambut dengan tepukan
gemuruh oleh anggota yang hadir.
Dr. Mahathir kemudian melawat tempat tidur anggota polis dan tentera
di situ sebelum kembali untuk menikmati jamuan teh bersama-sama mereka.
Tidak puas dengan itu, Dr. Mahathir kembali bangun dari tempat
duduknya, sekali lagi bersalaman dengan perajurit kita sebelum mengambil
kesempatan untuk bergambar beramai-ramai dengan anggota yang ada di
situ.
Setelah puas bersama mereka, barulah Dr. Mahathir beredar dari dewan
tersebut untuk bersama-sama kepimpinan tertinggi polis dan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) bagi mendengar taklimat terkini Ops. Daulat.
” Beliau sudah tua, sebaya dengan datuk saya…tetapi bila
melihat kesanggupan beliau bersama kami telah membuatkan kami makin
bersemangat untuk memerangi orang-orang Kiram ini.
” Saya dapat lihat muka beliau kemerahan kerana menahan
panas, saya dapat lihat peluhnya mengalir di dahi…tak dapat saya
gambarkan betapa terharunya saya dan kawan-kawan semua dengan kehadiran
beliau,” kata salah seorang anggota komando Vat 69 yang ditemui selepas
majlis tersebut.
Itulah negarawan kita…Tun Dr. Mahathir Mohamad.
ya Allah sayangnya aku pada Tun. Moga Tun sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Kebenaran pasti akan mengatasi yg Batil.
ReplyDeleteya Allh engkau peliharalah pemimpin terulung yg kami sayangi ini dan engku kuatkan dn selamatkn pejuang2 terbilang kami demi Negara dan agama serta nusa malaysia seluruhnya..satukan kami,,jauhi kami dari perpecahan,hindari kami dari persengketaan...jadikan kami semalaysia hamba2mu yg engkau redhai,bersihkan jiwa2 kami,jadikan jg kami hamba2 yg berprasangka baik aminnnnn...
ReplyDeletetun engkau memang tidak sempurna ..engkau tetap melakukan kesilapan
ReplyDeletetetapi engkaulah yang terbaik..
kita tidak boleh mencari yang sempurna tetapi kita boleh memilih yang terbaik..
semoga tun dipanjangkan usia..amin
Sayang Ku pada Tun.M Terbaikkk.... 1Malaysia
ReplyDeletePiiraah. Masaalah Sulu tu berpunca dari dia dan Projek IC dia.
ReplyDeleteKenapa pulak tak tanya Mamak Kutty tu kenapa pengganas Sulu ada IC M'sia?