Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 21, 2013

No Comment

Fauzi Gilakan X Box, Lisdawati Hadiahkan Ducati
Fauzi Gilakan X-Box, Lisdawati Hadiahkan Ducati - KUALA LUMPUR : Melihat kepada kemesraan pasangan suami isteri ini, nyata perkataan `romantika` sesuai digunakan kepada mereka berdua. Tidak dinafikan, pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati dikenali umum sebagai pasangan suami isteri yang romantik namun jarang untuk kita melihat mereka berdua bergandingan dalam drama TV atau pun di layar perak.
Pasangan ini telah pun berumahtangga sejak 6 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi mereka sama ada sebagai sebagai anak seni atau pun suami isteri.
Bagaimanapun, semua itu berjaya ditepis tenang oleh mereka berdua dan menganggap gosip serta cerita-cerita negatif itu merupakan mainan industri.
Sementelah pula, Lisdawati sebagai seorang isteri tidak pernah melatah setiap kali cerita-cerita negatif tentang rumahtangganya bertebaran. Ibu kepada dua orang anak ini akui dia kenal benar dengan suaminya dan bagi Lisda, Fauzi adalah seorang bapa yang penyayang dan suami yang memahami asam garam rumahtangga.
Romantika untuk episod kali ini akan membawa penonton mengenali pasangan ini. Di sebalik watak lelaki kental serta beberapa watak antagonis di kaca TV atau pun layar perak, Fauzi Nawawi adalah seorang bapa yang gemar menghabiskan masanya bersama anak-anak. Dengarnya Fauzi sering meluangkan masa untuk bermain permainan video X-Box bersama dua anaknya, Nur Aina Farhana dan Nur Aina Fazneesya.
Fauzi juga bakal berkongsi barang kesayangan miliknya sejak mereka bergelar suami isteri, sebuah motosikal Ducati yang dihadiahkan Lisda sewaktu ulang tahun kelahirannnya pada tahun lalu.
Dalam episod ini juga, Fauzi dan Lisda akan membawa Romantika untuk bercuti ke pusat peranginan di Cherating, Pahang. Apa pula kisah disebalik rumahtangga mereka yang akan didedahkan kepada Romantika?
Saksikan Romantika yang akan ke udara malam ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 134).
Romantika sebuah program yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia yang sudah mendirikan rumahtangga untuk berkongsi tentang kisah perkahwinan dan kehidupan mereka yang disiarkan setiap Selasa, secara ekslusif di Astro. – Murai

0 comments:

Post a Comment