Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 2, 2013

No Comment
Jenazah Pahlawan Negara Selamat Tiba


SUBANG – Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo tiba di ibu negara tengah hari tadi.
Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.
Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.
Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.
Jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.
Allahyarham akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki.
Sementara itu, jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak; dua lelaki dan seorang perempuan.
Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am, Sabah lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.
Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum’aiqal Zolkifli, 22.

0 comments:

Post a Comment