Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 5, 2013

6 comments

Kami Tengah Sedia,Kami Akan Ambil Alih Bila Dapat Perintah

"Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap sedia.Bila suruh ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad berkata pada ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.

"Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri...PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu.

Abdul Latif berkata rakyat berhak mengetahui perkembangan dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Sementara itu, di Lahad Datu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan penambahan kekuatan logistik taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu polis menjaga keamanan di pantai timur negeri ini.

"Kami akan berkolaborasi dengan polis bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya pada sidang akhbar di situ yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Tinjauan Bernama di kawasan Felda Sahabat 17 di Lahad Datu mendapati pihak berkuasa keselamatan menempatkan unit kereta perisai di kawasan itu.Bernama
8:45PM Mac 4 2013

Diburu...

6 comments:

  1. Dasar kerajaan M'sia - meremehkan keselamatan negara. Slow to react. Dah mati ramai baru nak kerah tentera dengan kereta perisai.
    Mula-mula hantar polis. Apa le polis tau nak lawan tentera yang berpengelaman dalam perang gerila. Peralatan pun tak seberapa. Kalau setakat peserta bersih atau mat rempit, boleh lah polis handle. Pukul semacam je.
    Dah terlambat, ramai dah mati dan penceroboh dah berselerak. Hantar berbatalion pun takkan dapat kesan semua sebab ada yang siap dah ada IC M'sia. Kira rakyat M'sia, siap ahli UMNO. Siapa yang bagi kalau tak UMNO/BN. Kan anjing dah gigit tuan............
    Sekarang kerajaan UMNO/BN sedang berusaha untuk cari modal untuk tutup lobang.........

    ReplyDelete
  2. Khairy Jamaluddin mendakwa ramai cuba mempolitikkan pergolakan di Lahad Datu.
    Phui.....pencacai UMNO. Sebenarnya UNMO/BN adalah punca segalanya. Sekarang bila tembelang dah nak pecah, suruh tutup mulut.
    Pembangkang suruh buat kertas putih, kata tak perlu. Kalau berani, buatlah siasatan diraja - jangan ada bersyarat. Barulah nampak siapa punya angkara.......................

    ReplyDelete
  3. ada lg rupanya yg x tahu sbnrnya AGONG berkuasa atas ATM..tanpa titah baginda,ATM tidak boleh lancarkan serangan.sbb itu PDRM pergi bperang.

    ReplyDelete
  4. mmg la depa x tau. mereka kan macai yg bodoh. kalo pandai xkan nk sokong PR. hanya melayu BANGSAT shj yg sanggup bersama PR dan mnjadi BARUA kafir laknatullah

    ReplyDelete
  5. Mereka cuma tahu berkata-kata, tetapi tidak mempunyi pengetahuan tentang semua ini, inilah yg dinamankan kebodohan tak bertempat, dorang pikir askar dibawah pemerntahan kerajaan, pdhal askar dibawah agong. cuma tau nak salahkan orang, tetapi tak berasas.

    ReplyDelete
  6. ala,,biasalah 2,,PR kan,,xfaham2 lagi,,

    ReplyDelete