Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 21, 2013

One Comment
nur


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur
Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh
tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan
rakyat Moro.
Ketua Sekretariat MILF Mohammad Ameen berkata dakwaan itu adalah satu
pembohongan dan palsu semata-mata.
“Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak
bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia,” beliau disebut
sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran.
Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan
beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa
pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan
pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan
mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Bagaimana pula Malaysia boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya
ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan
damai sejak 2001?” kata Ameen.
Ameen turut memberitahu Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri
untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi
Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak
sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan
semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada
tahun 2000.
Presiden Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi
presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke Kuala Lumpur
untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan damai GPH-MILF.
“Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang
baik,” jelas beliau.
Ameen juga mempersoal niat Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan
Sabah sekarang sedangkan beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21
tahun rundingan damainya dengan kerajaan Filipina.
Sementara Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF
(GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada tuntutan Sabah. -BERNAMA

1 comments:

  1. Misuari sama bangang dgn Anuar gila sesuatu benda yg tidak nampak buat2 tuntutan yg entah apa2...benggong

    ReplyDelete