Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 3, 2013

No Comment

MAHKAMAH Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap penjaga kafe Internet yang mengaku bersalah merogol seorang remaja sebanyak empat kali dan melakukan seks luar tabii, bulan lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Indragiri Muhdar, 23, yang mengaku bersalah merogol remaja yang didakwa teman wanitanya selama empat hari gadis itu berada di tempat kerja lelaki berkenaan.

Berdasarkan empat kertas pertuduhan, anak sulung dari empat beradik itu didakwa merogol remaja berusia 15 tahun dua bulan (ketika kejadian) atas tilam sebuah bilik di tempat kerjanya di Cheras di sini, masing-masing pada jam 8 malam, 14 Februari lalu dan jam 4.30 petang, keesokan harinya, serta jam 4 petang dan 4.15 petang, 16 Februari 2012.
pic hiasan

Bagi setiap perbuatan dibuat kononnya sempena Hari Kekasih itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Bagi satu lagi tuduhan, Indragiri didakwa dengan sengaja melakukan seks luar tabii terhadap teman wanitanya yang baru tiga bulan dikenalinya itu pada jam 8.15 malam, 14 Februari lalu di tempat sama menyebabkan dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


Semua dakwaan terhadap tertuduh itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Emelia Kaswati sempat menasihati tertuduh yang mengaku insaf supaya mencari pekerjaan dan berkahwin dengan perempuan yang baik apabila keluar dari tahanan, sebelum menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan, namun memerintahkan ia berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap.

Kelmarin, ibu mangsa dipanggil ke mahkamah bagi memberi keterangan impak apabila wanita berusia 45 tahun itu memberitahu anaknya dua kali lari dari rumah akibat merajuk apabila ditegur.

Ibu mangsa dilihat menangis di kandang saksi terutama apabila hakim memberitahu berdasarkan laporan perubatan, terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Sementara itu, mangsa pula yang turut dipanggil memberi keterangan impak, melahirkan rasa bersalah terhadap tertuduh kerana dia mendakwa perbuatan mereka itu dilakukan atas dasar suka sama suka, namun sedar dia remaja bawah umur.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa berada di tempat kerja tertuduh selama empat hari bermula pada 14 Februari lalu dan melakukan perbuatan terbabit sebelum mangsa pulang ke rumahnya menaiki teksi pada jam 8.30 malam, 17 Februari 2012.

Pada keesokan hari, mangsa bercerita pada sepupunya dan mengaku mengadakan hubungan seks beberapa kali sebelum sepupunya menyampaikan berita itu kepada bapanya yang juga abang sulung kepada ibu mangsa.

Mengetahui kejadian itu, ibu mangsa membawa remaja berkenaan membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap jam 10.30 malam pada hari terbabit.-Hmetro

0 comments:

Post a Comment