KUALA LUMPUR, 22 MAC 2013: Pelakon Rita Rudaini mendakwa suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka meskipun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Rita yang kini popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata dia tahu Aidil mampu memberikan nafkah kepadanya berdasarkan pendapatan Aidil yang lumayan. Rita memberikan keterangan itu dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanannya dan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.
"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita pada kes perbicaraan itu.
Aktres itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.
Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.
Sementara itu, ketika ditemui mahkamah selepas perbicaraan, Aidil memberitahu media dia akan membuktikan di mahkamah mengenai nafkah anak.
Menurut Aidil, walaupun meninggalkan rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.
"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.
Tambahnya lagi, Rita tidak memberi kerjasama untuk benarkan dia berjumpa anak-anak selepas mendapat tahu Rita membawa mereka menunaikan Umrah tanpa pengetahuannya. Rita juga dakwa Aidil jarang membalas SMS bertanyakan khabar olehnya.
Perbicaraan mereka bersambung 6 Mei depan.-Murai.com..my
0 comments:
Post a Comment