Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 5, 2013

One Comment

Apa yang aku perhatikan dari mula hingga sekarang pasal kejadian di sabah ini, segera mengingatkan aku pada Tet Offensive yang dilancarkan oleh NVA(North Viatnemese Army) dan VC(viet-Chong) pada masa perang Vietnam dulu. Situasi berbeza tp kaedahnya hampir sama.

Tet Offensive ialah salah satu famous military campaign dari pihak NVA dan VC untuk menyatukan vietnam Utara dan Selatan dalam satu negara.
Penceroboh sulu pula claim, ini adalah serangan untuk menuntut hak mereka ke atas Sabah, lebih kurang je kan?

Kasut Tentera Sulu sama dengan US army,seolah benar mereka ditaja dari sana,kecuali yang berkopiah tu yang ditaja dari jepun.


Ok, apa yang aku jelaskan kat sini adalah pemerhatian aku dari buku Art of War karya Sun Tzu. Amik sikit jer... klu aku the whole chapter nanti, jadi jurnal lak... hehehe

1.Keep Plan Secret
Sun Tzu said "keep plans as dark as night"

NVA dan VC, mengerakkan barang bekalan dan tentera diaorg melalui terowong-terowong.

Penceroboh sulu, mengerakkan anggota mereka melalui laluan tikus dan bantuan dari orang sulu tempatan(kemungkinan sahaja).


2.To Achieve Deception

Sun Tzu said "In battle use a direct attack to engage and indirect attack to win"

NVA dan VC, mengumumkan yang mereka tidak akan menyerang semasa Tahun Baru Tet(tahun baru orang vietnam), tetapi mereka mengalihkan perhatian tentera Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat dengan menyerang satu pengkalan tentera Amerika di Khe Sanh smggu sblm mereka melakukan "Tet Offensive".

Penceroboh sulu, mengumumkan(semasa rundingan 3mggu) minta diiktiraf mereka sebagai Tentera Kerajaan Sulu dan berterusan melambat lambatkan rundingan. Tetapi dalam pada masa yang sama mengerakkan anggota mereka di kawasan lahad datu, semporna dan kunak.


3. To achieve Goal

NVA dan VC melancarkan serangan pada pagi Tahun Baru Tet, Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat tak bersedia dengan serangan tersebut, mengakibatkan kematian yg tinggi dari pihak mereka. Kemenangan yang hampir dicapai oleh NVA dan VC hilang dari gengaman apabila mereka mula membunuh pekerja pekerja awam dan orang awam Vietnam Selatan, mengakibat mereka kehilangan support dari orang awam Vietnam Selatan.
dan ketika itu Vietnam Selatan sudah mula dapat mengawal keadaan dan menangkis serangan dari NVA dan VC, membuatkan mereka juga kehilangan ramai anggota.

Walaupun begitu, NVA dan VC telah berjaya mencapai objectif sebenar mereka, untuk mendapatkan sokongan dunia(dunia bukak mata) dan rakyat Amerika sendiri mula menentang penghantaran tentera ke vietnam.


Penceroboh sulu pula melancarkan serangan di Sabah,

1. Di Lahad Datu, dengan memperdayakan anggota komando Polis kita, dengan mengibarkan bendera putih(serah diri, umumnya pada pemahaman dunia), tetapi kemudiannya melancarkan serangan kepada anggota tersebut.

2. Di Semporna, anggota polis yang datang ke kawasan itu, telah diserang bertubi tubi, apabila masuk ke kawasan tersebut apabila mendapat laporan ada aktiviti aktiviti pencerobohan disitu. ada kemungkinan bantuan dari penduduk di situ digunakan untuk melicinkan serangan tersebut. Hingga mengakibat highest casualty rate in single accounter terhadap pasukan keselamatan kita.


Soalan aku di sini, apakah objektif sebenar penceroboh sulu ini?

Adakah kerana mereka memang mahukan Sabah? atau retoriknya sahaja?

atau

Adakah mereka mahu dunia melihat kewujudan mereka? dan mengiktiraf kerajaan mereka ini? Kerana berpuluh tahun mereka berperang dengan kerajaan Filipina, dunia hanya mendiamkan diri.

atau

Adakah mereka hanya menjadi buah bidak, untuk tangan tangan yang tidak kelihatan(kuasa kuasa besar asing) atau dari dalam negera kita sendiri?


Walau apa pun, aku tetap menyokong penuh perjuangan anggota keselamatan kita di sana, cukup cukup lah darah anggota keselamatan kita dan orang awam kita terus mengalir di tanah air kita sendiri. Tanah air harus dipertahankan dari penceroboh penceroboh ini... Kita kirimkan doa buat pahlawan pahlawan kita ini..

1 comments: